..::Dulu dan Kini::..

Assalamualaikum,

Sedikit perkongsian di mana saya ingin berkongsi tentang baju korporat UTM yang merupakan satu-satunya baju yang saya tempah dengan ukuran badan.Selama ini baju saya banyak dijahit oleh mak saya dan ada juga yang saya beli secara online yang dah siap jahit.

Baju korporat UTM yang maroon ini sedikit berbeza dan istimewa buat saya sebab saya tempah khas dengan tukang jahit yang sudah berpengalaman lama dan juga kemas jahitannya.Kainnya juga adalah jenis kain yang sangan lembut dan licin.

Sebelum ini baju korporat UTM yang berwarna putih saya beli yang sudah siap dijahit satu dan satu lagi saya hantar tempah untuk dijahit tetapi dengan menjadikan baju yang pertama tadi sebagai baju contoh.

Apa yang saya ingin kongsikan adalah bezanya saya memakai baju korporat UTM yang warna maroon(baju korporat UTM terkini) adalah baju dan orang yang sama tetapi kali ini apabila saya memakainya ia kelihatan sedikit besar. Ini juga adalah hasil saya mengawal pemakanan dan amalkan gaya hidup sihat.

Semoga Allah terus mempermudahkan urusan saya dalam mengamalkan pemakanan sihat dan gaya hidup sihat ini berpanjangan.Aamin Yaa Rabbala’alamiiin.