Assalamualaikum,
Dalam musim COVID-19 ini, aktiviti saya dengan kawan-kawan untuk keluar bersama juga agak terbatas kerana masing-masing perlu melindungi diri dari virus covid-19 ini dengan mengurangkan pergerakan atau pergi ke tempat-tempat yang ramai orang.
Oleh itu, setelah naik keje di pejabat sepenuhnya, kawan baik saya, Junaidah telah datang sendiri ke pejabat saya dan memberikan hadiah yang sungguh istimewa ini.Set telekung yang disulam nama saya dengan warna yang lembut sungguh cantik dan menarik.
Semoga Allah terus kurniakan rezeki yang diberkati buat sahabat baik saya Junaidah dan hidup sentiasa diberkati Allah.
Recent Comments