Assalamualaikum,
Sedikit perkongsian saya dan kawan-kawan berjoging pada hari konvokesyen UTM ke 64.Ia juga merupakan sebuah pengalaman baru buat saya.Kalau dulu, saya orangnya yang malas untuk bersukan kini lebih gemar berjogging pada waktu petang.Pada hari konvokesyen sedang berlangsung tersebut, saya dan kawan-kawan berjogging sekitar tasik UTM dan melalui dataran kawad yang mana sepanjang perjalanan kami meriah dengan para graduan dan keluarga masing-masing bergambar.
Saya juga teruja dan bangga melihat para graduan memakai jubah konvokesyen manandakan mereka telah tamat pengajian dengan jayanya dan telah berjaya menggenggam segulung ijazah.Akhirnya segala penat lelah graduan terbayar dengan tamatnya pengajian mereka di UTM.
Kelihatan sungguh ramai para graduan yang sudah selesai majlis konvokesyen mereka ketika saya lalu ketika itu dan kami juga tidak melepaskan peluang bergambar di photo booth yang disediakan di sekitar tasik UTM.
Tahniah kepada semua para graduan UTM!!
Recent Comments