Archives for December 30, 2021

..::Ayah Sudah Lengkap Vaksin::..

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, pada tarikh 01/07/2021 ayah saya juga sudah lengkap 2 dos vaksin Pfizer.Ayah saya telah dapat temujanji untuk mengambil suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin(PPV) Dewan Orang Ramai Parit Raja, Batu Pahat.

Saya menghantarkan ayah ke Pusat Pemberian Vaksin pada waktu pagi dan segala proses juga berjalan lancar.Ayah saya mengalami sakit-sakit badan selepas suntikan dos ke-2 dan kemudiannya pulih tidak lama kemudian.

Alhamdulillah, sehingga kini ayah saya masih sihat dan dapat menjalankan aktiviti seharian dia seperti sebelum ini iaitu makan di kedai makan dengan kawan-kawan dan ke pasaraya serta mana-mana juga pada bila-bila masa tetapi masih juga mengamalkan SOP untuk melindungi atau mencegah diri dari dijangkiti COVID-19.

Semoga Ayah saya terus dikurniakan kesihatan yang sihat berpanjangan dan hidup sentiasa diberkati Allah.

..::Mak Sudah Lengkap Vaksin::..

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, pada 7/08/2021 mak kesayangan saya juga telah lengkap 2 dos vaksin Pfizer.Temujanji di aplikasi MySejahtera menunjukkan mak perlu ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia(UTHM), Batu Pahat, Johor untuk mengambil suntikan vaksin tersebut.Kebetulan mak cik saya ada bertugas di Pusat Pemberian Vaksin sana dan memaklumkan awal kepada saya untuk menggunakan kerusi roda adalah lebih mudah membawa mak saya nanti.

Sampai sahaja di sana memang ramai orang.Tapi bagi mak yang berkerusi roda ada laluan khas dan lebih memudahkan ketika itu.Proses juga berjalan lancar dan tidak mengambil masa yang lama juga.

Alhamdulillah, selepas suntikan juga mak sihat.

..::Vaksinasi::..

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Pada 27/08/2021 saya telah melengkapkan 2 dos suntikan vaksin Pfizer bagi melindungi diri dari jangkitan COVID-19.

Saya telah pergi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Che Ann Khor, Yong Peng.Ini pertama kali juga saya ke sini.Untuk mengambil suntikan pertama saya pergi berseorangan dan untuk suntikan kedua ini saya pergi dengan ayah saya.

Alhamdulillah, segala proses lancar dan mudah.

Untuk suntikan kedua ini mengambil masa yang lebih singkat berbanding urusan semasa mengambil suntikan pertama.

Sedikit perkongsian gambar yang sempat diambil :