Assalamualaikum,
Kali ini saya nak berkongsi pengalaman pertama saya berbasikal di dalam Universiti Teknologi Malaysia(UTM). Sepanjang hampir 10 tahun saya berkhidmat di UTM, inilah kali pertama saya menyertai aktiviti berbasikal dalam kampus.
Saya berasa sungguh teruja dan seronok sekali ketika mengayuh basikal di sekitar kampus ini dan melalui pelbagai jalan yang ada juga agak mencabar bagi saya terutama di laluan yang berbukit. Alhamdulillah, dengan bantuan rakan-rakan saya berjaya habiskan juga kayuhan dan mendapat pengalaman baru dalam aktiviti bersukan setelah sekian lama tidak berbasikal.
Recent Comments