Alhamdulillah??
Hadiah buat diri penutup 2021 yg bakal melabuhkan tirai tak lama lagi..awal2 join online coaching sy mmg target penghujung 2021 dpt capai berat 68kg ..now berat sy dah capai 68kg lbh…dulu angka 8 tu kat depan?last capai berat mcm ni dlm tahun 2012 camtu..lama dah..?
Dari org yg mls bersukan now dah perlahan lahan try amik masa n kesempatan jugak jogging pd waktu ptg..br2 ni jumpa kwn dr opis lama ms berbasikal n jogging dia tegur terkejut nampak sy sukan..katanya selalu ain kat umh je..duduk umh je??then keluar mkn ngan bff dia pon terkejut tengok sy mkn n kata betul ke ain ni..?begitulah org tengok sy dulu..Allah jugak yg hadirkan rase n keinginan nk berubah ke arah yg lebih baik..ke arah kehidupan yg sihat..makan mknn yg sihat n amalkan gaya hidup sihat jugak?
Kalau dulu kfc, mcd,dominos n pizza menjadi mknn biasa buat sy..now semua ni sy try perlahan lahan nk tggalkan..if org bg kita mkn..klu sy nak beli akan cuba sedaya upaya utk elakkan..termasuk jugak mknn proses mcm nugget n sosej n kentang sy dah mula cuba kurangkan..dr segi pemakann bnyk yg sy korbankan mcm mskan kari, msk lemak cili api, asam pedas n segala kuah yg dulunya klu amik banjir pinggan n menjadi kegemaran sy try kurangkan pengambilan…bukanlah tak makan langsung..mkn jugak sesekali..minuman manis jugak sy try kawal sebulan dlm 3 kali je macamtu amik ms ujg mggu shj..selebihnya bnykkan air masak atau minum kopi o kosong add susu segar tanpa gula…?
Inshaa Allah..semoga Allah terus permudahkan urusan kita semua dan konsisten terus amalkan pemakanan serta gaya hidup sihatā¤??
Archives for December 2021
..::Road To Ideal Weight::..
..::Mesin Kopi::..
Assalamualaikum,
Sebagai seorang penggemar kopi saya akhirnya membeli mesin kopi di Shopee. Alhamdulillah, mesin juga berkongsi dengan baik dan mudah digunakan.Saiznya yang kecil membolehkan saya membawa mesin ini ke mana-mana sahaja.
kopi pertama dihasilkan menggunakan mesin kopi selepas beberapa kali percubaan
..::Jogging di Stadium Azman Hashim UTM::..
Assalamualaikum,
Sedikit perkongsian pengalaman manis saya jogging di stadium UTM.
Sejak PKP yang lepas saya sudah biasa berlari setengah jam pagi dan setengah jam petang jika berkesempatan setiap hari.Jadinya bila dah naik kerja di pejabat setiap hari ini saya cuba juga cari kesempatan untuk pergi jogging selepas balik kerja.
..::Kayuhan Basikal Pada Hari Konvokesyen UTM Ke 64::..
Assalamualaikum,
Pada bulan Disember 2021 yang lepas Universiti Teknologi Malaysia telah meraikan para graduan dalam Majlis Konvokesyen UTM ke 64.
Saya juga tidak melepaskan peluang berbasikal ketika majlis tersebut berlangsung.Istimewanya aktiviti berbasikal saya kali ini adalah meriah sepanjang jalan dengan para graduan n family masing-masing bergambar kenangan.
..::Program Kayuhan Mesra BUDI::..
Assalamualaikum,
Kali ini saya nak berkongsi pengalaman pertama saya berbasikal di dalam Universiti Teknologi Malaysia(UTM). Sepanjang hampir 10 tahun saya berkhidmat di UTM, inilah kali pertama saya menyertai aktiviti berbasikal dalam kampus.
Saya berasa sungguh teruja dan seronok sekali ketika mengayuh basikal di sekitar kampus ini dan melalui pelbagai jalan yang ada juga agak mencabar bagi saya terutama di laluan yang berbukit. Alhamdulillah, dengan bantuan rakan-rakan saya berjaya habiskan juga kayuhan dan mendapat pengalaman baru dalam aktiviti bersukan setelah sekian lama tidak berbasikal.
..::Pantai Sungai Lurus, Batu Pahat, Johor::..
Assalamualaikum,
Selepas pergi ke Pantai Minyak Beku, saya berkesempatan ke Pantai Sungai Lurus di Batu Pahat juga.Ini juga pengalaman pertama saya ke sini.
Keindahan pantainya dan keunikan kedai makan yang berada sedikit di atas pantai sangat menarik perhatian saya.
Berikut perkongsian gambar yang sempat diambil.
..::Perigi Batu Pahat::..
Assalamualaikum,
Kali ini saya nak berkongsi cerita berkaitan Perigi Batu Pahat.Ini juga merupakan pengalaman pertama saya ke sini.
Berikut saya kongsikan gambar perigi tersebut dan kepada sesiapa yang berkesempatan boleh ke sini nanti.
Sejarah Perigi Batu Pahat Laluan untuk ke Perigi Batu Pahat Perigi Batu Pahat
..::Pantai Minyak Beku, Batu Pahat,Johor::..
Assalamualaikum,
Selepas beberapa tahun saya tidak ke Pantai Minyak Beku, Batu Pahat, Johor, tahun ini saya berkesempatan ke sana dengan mak dan nenek serta makcik saya.Banyak sudah perubahan yang dilakukan dan saya sungguh teruja dengan keindahan alam semula jadi di sana serta bunyi deruan ombak yang memukul pantai.Selain itu, keindahan air pantainya yang jernih juga sungguh istimewa.
Ketika saya sampai ada juga beberapa orang sedang memancing dan anak-anak kecil bermandi manda di tepi pantai yang berbatu.Selain itu, terdapat juga kemudahan tandas awam.Disamping itu juga kedai makan ada juga untuk orang yang mengunjung ke tempat ini menjamu selera.
Di sini saya kongsikan beberapa gambar yang sempat kami ambil semasa mengunjungi tempat ini.
..::Resepi Menu Suhun Goreng::..
Assalamualaikum,
Saya kongsikan resepi menu kegemaran saya ketika diet ini adalah suhun goreng.
Bahan2:
3 biji bawang kecil
4 ulas bawang putih
7 tangkai cili api
sawi
dada ayam
suhun
Cara memasak:
- Rendam suhun
- Tumbuk kesemua bahan kecuali dada ayam, suhun dan sawi
- Tumis kesemua bahan yang ditumbuk sehingga garing
- Masukkan dada ayam
- Masukkan suhun yang direndam
- Masukkan air
- Masukkan sedikit garam
- Masukkan sawi
Siap untuk dihidang.Semoga bermanfaat dan selamat mencuba =)
..::Adik Sudah Lengkap Vaksin::..
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, adik saya juga sudah lengkap 2 dos suntikan vaksin Pfizer.Temujanji adik saya untuk mengambil vaksin adalah di Batu Pahat,Johor.Untuk suntikan ke-2 saya menemani adik ke Pusat Pemberian Vaksin dan segala proses pada hari tersebut juga dipermudahkan dan berjalan lancar.
Selepas balik petang itu kami sempat singgah di Kedai Bubblebee di Batu Pahat.Pertama kali juga sampai di sini dan ramai orang.Kami juga tidak melepaskan peluang beratur sama untuk membeli minuman yang viral ini juga.
Alhamdulillah, sangat sedap dan segar rasa airnya.Gabungan aiskrim dan madu serta cornflakes yang sungguh istimewa.
Recent Comments