Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Sambung cerita saya bercuti di Genting Highlands bersama ahli keluarga saya.
Pada hari ketiga di sana, juga merupakan hari terakhir kami menginap di Genting Highlands, kami telah pergi ke Genting Strawberry Leisure Farms. Pertama kali saya dan keluarga masuk ke sini juga.Rupanya bukan sahaja ada tempat untuk petik strawberry dan bawa balik(kene beli ye ikut berat timbangan) tapi terdapat juga taman bunga dengan pelbagai bunga yang sungguh indah berwarna warni.
Selain itu, di situ juga terdapat cafe untuk kita beristirehat minum dan makan serta ada dijual beberapa produk makanan lain seperti madu dan coffee serta aiskrim strawberry (yg ni terbaikk).
Recent Comments