..::Program Team Building Pusat Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (CICT) UTMJB

Assalamualaikum,

Pusat Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (CICT) UTM JB  telah mengadakan Program Team Building di Dewan Utama, Pusat Latihan dan Hutan Rekreasi UTM Johor pada 28 Oktober 2018.

Program bermula pada jam 7.30 pagi hingga 1.00 petang.

Pelbagai aktiviti diadakan bagi mengeratkan silaturrahim di antara staf CICT. Antara program yang diadakan adalah:

-Senaman di mana peserta perlu melakukan beberapa gerakan yang telah diberikan serentak bersama ahli kumpulan masing-masing.

-Mengingati gambar sebanyak mungkin dan cuba untuk melukis gambar tersebut dalam jangka masa tertentu.

-Aktiviti tutup aib di mana para peserta perlu bekerjasama dalam kumpulan menutup lubang2 di batang paip supaya air yang dimasukkan tidak keluar dan air dapat dipenuhkan di dalam paip tersebut.

-Aktiviti mengumpul barang-barang dari jenis yang sama dari kumpulan-kumpulan lain yang memerlukan ahli kumpulan bekerjasama dan tidak dibenarkan bercakap dan hanya boleh menggunakan gerak tubuh untuk berkomunikasi.

-Program penutup diakhiri dengan ulasan daripada Puan Sabrena Binti Omar yang mengulas keseluruhan aktiviti yang telah dilakukan oleh para peserta.

Selesai aktiviti berkumpulan

Mendengar taklimat

Team Building CICT

 

..::Majlis Sambutan Maulidur Rasul Pusat Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (CICT) UTM JOHOR:::..

Assalamualaikum, 

Pada 13 Disember 2018,  Pusat Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (CICT) UTM JB telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1440 H/2018 M di Dewan Seminar Aras 4, CICT. Majlis bermula pada  jam 11 pagi dimulai dengan bacaan selawat yang diketuai oleh En.Mokhles.

“Menyantuni Umat Membawa Rahmat”

Majlis dimulai dengan bacaan Selawat

Seterusnya majlis menjemput Ustazah Puan Naemah untuk memberikan ceramah bertajuk “Menyantuni Umat Membawa Rahmat”.

Berikut adalah beberapa perkongsian ceramah yang disampaikan oleh ustazah :

Perkara yang ditinggalkan jika meninggal dunia:

-Al-Quran

-Sunnah Nabi S.A.W

Wasiat yang Nabi tinggalkan (Apa yang kita perlu lakukan)

-Dalam doa minta tunjukkan jalan yang lurus.

-Takwa kpd Allah iaituTakut dengan Allah (berhati-hati klu nak ambil hak org @ buat sesuatu)

-Baca Al-Quran.

-Berzikir

-Dengar bacaan Al-Quran

Tanda-tanda kiamat

-Perubahan Musim

-Bumi Arab menghijau

-Pokok tidak berbuah walau hujan (taburan hujan banyak)-bunga gugur jika hujan dan tidak menjadi buah.

-Gerhana akan berlaku di awal bulan.

-Keluarnya dajjal

-Keluarnya ya’juj dan ma’juj

-Turunnya Nabi Isa dan Imam Mahadi

Nabi Larang!!!

-Diam pada perkara tidak baik dan tidak berfaedah

-Membuka keburukan orang lain

-Banyak gelak ketawa

Wasiat Nabi

-Berkata benar walaupun ia pahit nak diterima oleh diri sendiri atau orang lain