Pengalaman menaiki hot air balloon

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kali ni saya nak post tentang pengalaman pertama saya menaiki hot air balloon. Rezeki saya juga ketika balik dari batu pahat ternampak ada hot air balloon di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sempena majlis konvokesyen UTHM.

Jadi saya dan adik tidak melepaskan peluang untuk mencuba juga.

Berikut merupakan beberapa gambar dan video yang sempat dirakamkan ketika kami menaiki hot air balloon tersebut.

Percutian ke SnowWorld Genting Highlands

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Alhamdulillah, rezeki saya dan keluarga pada tahun 2019 ni dapat bercuti ke Genting Highlands.Ini adalah pertama kali saya dan keluarga ke Genting Highlands.Ia juga merupakan sebuah pengalaman yang indah buat kami sekeluarga.

Berikut adalah salah satu tempat yang kami lawati di sana iaitu SnowWorld.

Mula-mula masuk je dah rasa sejuk.Memang tak boleh lama-lama kat sini.Sekejap je dah cukup sebab sejuk sungguh dalam ni.

mak saya

muka senyum sambil tahan sejuk ni

Rase macam kat luar negara sungguh.

 

..::Mak Saya::..

 

Assalamualaikum,

Inilah mak saya bernama Halijah Binti Shamsudin. Umur mak saya tahun 2019 ni adalah 58 tahun.Mak saya diserang penyakit angin ahmar (stroke) di bahagian sebelah kanan badan ketika berusia 50 tahun. Alhamdulillah, keadaan mak sekarang sihat tapi masih tak boleh bercakap seperti normal. Selain itu, tangan dan kaki kanan mak saya juga belum sembuh sepenuhnya.

Mak saya suka berjalan dan baru-baru ini saya telah bawa mak saya ke Genting Highlands dan Kedah untuk makan angin.

Mula-mula mak saya sakit sungguh besar ujian bagi kami sekeluarga.Pengalaman dan peristiwa yang tidak boleh saya lupakan adalah beberapa bulan selepas mak saya diserang angin ahmar,  adik saya ingin meyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan dalam masa yang sama, saya juga mendapat tawaran yang sama tapi kami di kampus yang berbeza. Ayah saya suruh saya menyambung pengajian, manakala mak saya pula menangis tidak bagi saya pergi menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.Akhirnya, saya membuat keputusan untuk tidak pergi menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan terus sahaja bekerja selepas tamat Diploma.Saya faham mak saya memerlukan perhatian dan jagaan yang rapi kerana belum sembuh sepenuhnya lagi.

Alhamdulillah, sejak hari itu semakin hari membuatkan saya semakin sayang dan lebih menghargai mak saya.Saya juga bersyukur kerana masih diberikan kesempatan untuk menjaga mak saya sehingga hari ini.

Terima kasih mak untuk segalanya.  🙂