Program Team Building CICT 2019

Assalamualaikum,

Pada tarikh 11 hingga 13 Oktober 2019, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah mengadakan Program Team Building CICT 2019 di Savana Hill Resort, Ulu Tiram Resort Johor.

Bertemakan Mind Shifting ia merupakan program yang diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama staff CICT.

Ahli kumpulan saya sepanjang program.

Bergambar pada hari terakhir program

 

 

 

Majlis Persaraan Staff CICT UTM Johor Bahru

Assalamualaikum,

Pada tarikh 25/04/2019 warga CICT UTM Johor Bahru telah meraikan staff yang akan bersara iaitu Tuan Haji Samsudin Bin Nyat dan Encik Zainal Bin Ami.

Pada hari tersebut juga diadakan  Majlis Tahlil Perdana dan Ceramah Ambang Ramadhan 1440H dan juga meraikan staff yang menyambut hari kelahiran.

Bergambar bersama staff yang diraikan.

Menu yang istimewa. Nasi Briyani.

 

Lawatan Ketua Setiausaha Negara (KSN) ke CICT UTM Johor Bahru

Assalamualaikum…

Pada tarikh 15/04/2019, Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah mengadakan lawatan ke CICT UTM Johor Bahru.

Sebuah pengalaman yang amat berharga buat semua warga CICT atas kehadiran YBhg. Tan Sri Dr. Ismail Haji Bakar pada hari tersebut.

Berikut adalah beberapa gambar yang dirakam pada hari tersebut:

    

Jamuan Hari Raya CICT UTM Johor Bahru

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Pada tarikh 23 Jun 2019, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) UTM Johor Bahru telah mengadakan Jamuan Hari Raya CICT .

Menu makanan yang disediakan pada hari tersebut adalah gabungan menu yang dibawa oleh setiap unit di CICT.

Berikut adalah beberapa gambar yang diambil pada hari tersebut:

 

Gotong-royong perdana UTM

Assalamualaikum,

Sejak saya bekerja di UTM ini, dalam setahun tu akan diadakan gotong-royong perdana membersihkan kawasan di  sekitar jabatan masing-masing dan ruang kerja masing-masing.Bagi saya ia merupakan aktiviti yang sangat bagus.

Selain dapat memupuk rasa bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan kawasan di kalangan staff, ia juga dapat mengeratkan hubungan sesama staff di jabatan tersebut.Ini kerana tugasan yang diberikan terutama di jabatan saya adalah gabungan daripada beberapa unit untuk membersihkan sesuatu kawasan tersebut.

Disamping itu, aktiviti gotong-royong ini juga bagus kerana kebersihan kawasan tempat kerja juga terpelihara dan terjaga.Ia memberikan lebih lagi keselesaan untuk staff bekerja.

 

Ini Sebabnya Majikan Ingin Melihat “Reference List” Dalam Resume Anda

Dalam resume, anda wajib sertakan satu maklumat iaitu reference list. Reference list dalam Bahasa Melayu dikenali sebagai senarai rujukan. Reference list selalu akan dilihat oleh majikan semasa temuduga.

Mengapa penemuduga sangat mementingkan reference list ini?

UNTUK “JUDGE” SKIL ANDA

– Untuk mendapatkan kepastian dalam beberapa perkara.

-Hal ini kerana terdapat segelintir calon temuduga yang meletakkan maklumat palsu dalam resume mereka dengan bertujuan untuk menipu penemuduga.

-Majikan boleh terus menelefon reference untuk memastikan sama ada calon temuduga tersebut mempunyai pencapaian seperti yang ditulisnya dalam resume.

-Selain itu, majikan turut menggunakan cara lain untuk bertanya kepada reference iaitu dengan kaedah checklist untuk mengetahui ranking setiap skil, bermula daripada skil yang paling bagus sehingga skil yang paling lemah dan berikan penjelasan.

-Jadi, reference anda perlulah diletakkan secara terperinci.

MAJIKAN INGIN MENDAPATKAN KEBENARAN TENTANG APA YANG ANDA CAKAPKAN

-Majikan akan menghubungi reference bukan sahaja untuk mengetahui tentang kebaikan calon temuduga itu tetapi juga untuk mengkaji sama ada benar ataupun tidak apa yang anda katakan semasa temuduga dan apa yang anda tulis dalam resume.

MAJIKAN INGIN MENGETAHUI SIKAP SEBENAR ANDA DI PEJABAT

-Majikan juga sebenarnya ingin mengetahui sikap sebenar anda di pejabat semasa di tempat kerja lama anda.

-Jadi, majikan akan menghubungi reference dan bertanya bagaimana sikap anda di pejabat sama ada panas baran, tidak mementingkan kerja atau sebagainya.

-Untuk pengetahuan anda juga, apabila majikan menelefon reference anda, itu bukanlah petanda buruk tetapi sebenarnya menandakan bahawa anda hampir diterima bekerja di tempat itu.

-Namun, majikan hanya memerlukan kepastian. Oleh sebab itulah majikan menelefon reference anda.

-Jadi, anda dinasihatkan untuk tidak menyenaraikan reference sesuka hati.

-Pastikan reference anda itu merupakan seorang yang anda kenal dan mampu untuk memberi feedback yang baik bagi pihak anda.

Berdasarkan pengalaman saya juga, pastikan anda jujur ketika ditemuduga.

Jangan sesekali menipu kerana hal ini bakal mengundang bahaya buat diri anda sendiri juga.

..:::Tips Bagi Pencari Kerja:::..

Lumrah kehidupan kini yang taraf hidupnya tinggi walau di mana jua kita berada.Persaingan yang sengit antara para graduan juga kian meningkat setiap tahun.Siapa yang cepat dan pantas serta bijak mengambil peluang akan terlebih dahulu diambil bekerja di mana-mana sektor sama ada swasta atau kerajaan. Jangan sesekali kata tiada peluang pekerjaan kerana peluang tersebut sebenarnya banyak dan faktor memilih jenis pekerjaan dan inginkan gaji yang tinggi setaraf kelulusan adalah punca ramai graduan menganggur pada masa kini.

Baiklah, sedikit tips atau petua yang saya boleh kongsikan kepada para pencari kerja di luar sana.Ianya berdasarkan pengalaman saya sendiri dalam membina laluan kerjaya.

Pertama, harus berani mencuba dan rajin berusaha.Apabila diri sudah boleh membuat keputusan dan punya pilihan serta minat tertentu dalam sesuatu jenis pekerjaan yang diidamkan, teruskan berusaha memohon jawatan tersebut melalui pelbagai cara.Mohon sebanyak mungkin yang boleh samada melalui atas talian atau permohonan melalui borang.Walaupun baru tamat belajar, jangan takut, percayalah rezeki tidak akan salah alamat.Perlu juga yakin dengan diri sendiri.Rezeki juga tidak datang bergolek.

Kedua, jangan hanya duduk menunggu jawapan, sebaiknya cuba untuk mencari pekerjaan di kawasan berhampiran.Saya akan berusaha menghantar  ‘resume’ dan menghadiri temuduga terbuka dimana jua yang diadakan termasuk di pameran kerjaya.Ini adalah suatu peluang dan pengalaman yang agak mahal untuk kita juga.Sekurangnya, jika terpilih kita sudah diberi peluang untuk menimba pengalaman di dalam alam pekerjaan.Ia juga suatu pengalaman yang amat berharga.Jangan sesekali  meminta  gaji yang tinggi jika tidak pernah mempunyai pengalaman bekerja sebelum ini.Mula dari bawah dan jangan pernah serik untuk belajar sesuatu yang baru.

Ketiga, jangan berputus asa jika gagal disenarai pendek untuk peperiksaan atau temuduga sebelum memasuki alam pekerjaan.Jika diiklankan lagi jawatan kosong di tempat yang sama dan jawatan yang sama juga, teruskan memohon.Jika kalian memohon secara atas talian, pastikan maklumat diisi dengan lengkap, resume juga lengkap dan teratur serta kemas.Begitu juga jika memohon menggunakan borang, maklumat harus diisi dengan lengkap dan segala salinan dokumen yang diminta harus dihantar sekali.Semakin banyak permohonan yang kita hantar semakin tinggi peluang kita untuk dipanggil temuduga atau disenarai pendek oleh mana-mana majikan. Jangan kedekut untuk keluarkan wang bagi proses penghantaran borang kerana duit boleh dicari tetapi peluang tidak selalu datang.

Keempat,ketepikan minat jika terlebih dahulu ditawarkan pekerjaan yang kita tidak minat.Ini kerana minat boleh dipupuk.Selain itu, pembelajaran yang berterusan dengan kawan sekerja yang lebih berpengalaman akan membantu kita dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.Ringankan mulut untuk selalu bertanyakan soalan jika kurang faham dalam melaksanakan tugas.Jangan takut untuk membuat kesilapan kerana manusia biasa akan lebih belajar daripada kesilapan.Dengan cara ini, kita akan lebih kekal lama bekerja di sesuatu tempat tersebut kerana sentiasa mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan saling tolong-menolong.Jika terlalu kerap bertukar tempat kerja adalah sesuatu yang tidak bagus.

Kelima, sentiasa berdoa dan meminta ibu dan bapa serta adik beradik juga kawan-kawan mendoakan supaya kita dipermudahkan mendapat pekerjaan. Ini kerana kita tidak tahu doa siapa yang akan terlebih dahulu dimakbulkan oleh Allah.Sesungguhnya rezeki Allah itu luas dan kita harus terus berusaha untuk mendapatkannya.

Sekian, terima kasih.