13 Hadiah yang terbaik

Assalamualaikum ..

13 Hadiah yang Terbaik

  1. Hadiah terbaik untuk seorang sahabat adalah doa.
  2. Hadiah terbaik untuk seorang musuh adalah Pemberian Maaf.
  3. Hadiah terbaik untuk seorang guru adalah Penghormatan.
  4. Hadiah terbaik untuk murid adalah Tauladan.
  5. Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah Kasih Sayang.
  6. Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah Al-Fatihah.
  7. Hadiah terbaik untuk orang tua adalah Berbakti.
  8. Hadiah terbaik untuk isteri adalah Penghargaan.
  9. Hadiah terbaik untuk suami adalah Kesetiaan.
  10. Hadiah terbaik untuk anak adalah Pendidikan.
  11. Hadiah terbaik untuk diri sendiri adalah Kejujuran.
  12. Hadiah terbaik untuk orang yang tidak dikenali adalah Senyuman.
  13. Hadiah terbaik untuk Rasulullah Saw adalah Sholawat.

 **Selalulah bermurah hati untuk menghadiahkan sesuatu kepada manusia di sekeliling kita, kerana pemberian anda hari ini adalah ganjaran untuk dunia dan akhirat**

Hak hak Bagi Orang Yang Bertaubat

Sebagaimana yang dikatakan oleh sebagian ahli hukama berikut ini :

❄ Kebiasaannya bagi orang berakal yang ingin bertaubat untuk melaksanakan sepuluh hal, yaitu :

? 1. lisannya selalu membaca istigfar

? 2. Hatinya menyesali dosa (yang telah diperbuatnya)

? 3. Badan mencabut kembali dosa

? 4. bertekad untuk selamanya tidak akan mengulangi kembali perbuatan dosa

? 5. cinta akhirat

? 6. membenci duniawi

? 7. sedikit bicara

? 8. sedikit makan dan minum

? 9. sehingga dapat mencurahkan untuk ilmu dan ibadah

? 10. sedikit tidur

❄❄❄

Istighfar ialah pernyataan mohon ampun atas dosa yang telah diperbuatnya kepada Allah, misalnya dengan mengucapkan :

اَسْتَغْفِرُ اللهَ ذَا اْلجَلَالِ وَاْلاِكْرَامِ مِنْ جَمِيْعِ الذُّنُوْبِ وَاْلاَثَامِ .

Aku mohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung lagi Maha Mulia dari segala dosa dan noda.

10 Kunci Persahabatan

1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.

2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.

3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.

4) Hargai pendapat satu sama lain.

5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam.Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.

6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.

7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress)menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan … dan sebagai balasan anda
sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula

8)Belajar daripada satu sama lain.

9) Jangan mengata di belakang kawan anda.

10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.

Sunnah Yang Semakin Hilang – Bersin

Jangan mengeraskan suara bersin

-Jika kita hendak bersin kita hendaklah merendahkan suara kita dan elakkan mengeraskan suara bersinnya.

Ucapan Alhamdulillah selepas kita bersin

-Kalau kita bersin, kita diajar untuk mengucapkan alhamdulillah sesudah kita selesai bersin sebagaimana diajarkan oleh Rasulullah.

Manjawab Yarhamukallah

-Dan wajib bagi setiap orang yang mendengar orang bersin (yang mengucapkan alhamdulillah) untuk mengucapkan

Yarhamukallah yang bermaksud “Semoga Allah memberikan rahmat kepadamu”

..:::Kekosongan Jawatan:::..

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu :
Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.
PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim,perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.
Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.
Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata’ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu :
Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya’Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya”.

..:::4 Jenis Manusia::..

1. Manusia yang tahu (mengerti) dan dia tahu bahawa ia tahu. Yang demikian ialah manusia yang berilmu, yang boleh dijadikan pemimpin.

2. Manusia yang tahu, tapi dia tidak tahu bahawa dia tahu. Orang yang demikian sedang tertidur, dan perlu dibangunkan.

3. Manusia yang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian perlu dibimbing supaya menjadi cerdas.

4. Manusia yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian haruslah dijauhi.

..::10 Bukti Yang Anda Sedang Membuang Masa::..

Ini antara post yang saya sempat ambil dari Facebook untuk perkongsian bersama iaitu berkaitan ’10 Bukti Yang Anda Sedang Membuang Masa’.

1. Menanti-nanti inspirasi

-Untuk dapat inspirasi ia bukan datang bergolek sebaliknya memerlukan usaha dan tindakan.Kalian perlu bangun dan berbuat.Inspirasi akan datang apabila kalian buat silap atau berjaya.

Silap = baiki.

Berjaya = bantu orang.

2. Risau apa yang orang lain fikir

-Tak habis-habis fikir apa yang orang lain fikir tentang kita.Ia biasanya akan jadikan kita terperuk dalam rumah atau bilik serta tak bertindak dan jadi pengecut kepada fikiran sendiri.Bangun! Lawan dan usahakan sesuatu!

3. Kuat Merungut

-Orang yang suka merungut biasanya mulut sahaja jalan.Diri sendiri tidak.Jenis menjerit dan menyuruh sana sini.Sendiri buat? No. Tak ada, kemudian komplen, komplen, komplen.

4. Cuba untuk puaskan hati semua orang

-Tak berhenti nak buat itu ini untuk semua orang sehinggakan hilang fokus dan kemudian akan sesat dalam perjalanan sendiri. Relaks, dan buat perlahan-lahan untuk diri dan orang terdekat dahulu.

5. Kuat bandingkan diri dengan orang lain

-Melihat competitor itu bagus.Belajar apa yang orang buat juga bagus.Namun, membandingkan kekuatan sampai tak perasan diri itu lemah bukan main itu yang jadi hal. Ia biasanya akan jadikan kita down dan malas nak teruskan perjuangan.Stop! Fokus bina tentera, pasang strategi untuk menang.

6. Ulang kesilapan

-Jika sudah berkali-kali ulang kesilapan yang sama dan tak belajar dari kesilapan tersebut bukan sahaja membuang masa tapi duit, tenaga dan segala yang dilaburkan.

7. Terlalu perfectionist

-Yang ni akan jadikan kita slow sangat-sangat sebab sikit-sikit nak repair,  sikit-sikit salah sana, salah sini, dan tidak mahu teruskan jika ada secubit pun perkara yang tidak memuaskan hatinya.

8. Tidak susun keutamaan

-Buat je semua benda tidak ikut susunan keutamaan. Jika ada yang tersangkut akan terganggu semua perancangan.Kalau susun mana dulu yang priority dan sebagainya, ia akan memudahkan kerja.

9. Jenis takut gagal

-Bila takut gagal, sahihlah tak mahu mencuba dan bila tidak mencuba, tak tahu hasil dan takkan belajar mana salah silapnya.

10. Tidak hidup untuk diri sendiri

-Jenis tak habis-habis nak please orang lain dan diri sendiri tidak merasa hasil.Kene marah, kene maki, kene macam-macam sehingga diri sendiri down dan depress. Lalu hati jadi mati dan buang masa memberi kekayaan kepada orang lain. Sendiri miskin.