Assalamualaikum,
Post kali ni sy nk kongsi resepi turun temurun family sebelah ayh sy. Resepi ini diberi nama ‘Ayam Masak Tumis Kuning’..resepi ni jugak sesuai dipelbagaikan dengan gantikan ayam dengan ikan bilis atau udang atau daging..memang resepi kegemaran kami sekeluarga..kenangan yang saya tak boleh lupakan mak saya akan selalu bawakan bekal masakan ni dengan nasi putih sejak saya dibangku sekolah rendah dan sekolah menengah ..tapi skrg mak dah tak sihat sangat, saya yang masak pulak dan bawa bekal menu ni pergi kerja..Resepi ni simple dan hanya ambil masa 30 minit sahaja.
RESEPI AYAM MASAK TUMIS KUNING:
1) 1 ekor ayam
2) 1 biji bawang besar atau 7 biji bawang kecil
3) 10 biji cili padi
4) 1 ulas kunyit
5) 1/2 ulas halia
6) 1 batang serai yang dihiris halus
7) 2 keping asam keping
cara memasak:
1) Kisarkan kesemua bahan tadi kecuali asam keping bersama dengan sedikit air.
2)Masukkan minyak masak dalam setengah cawan kecil ke dalam kuali dan biarkan miyak betul-betul panas.
3)Setelah minyak panas,masukkan semua bahan yang telah dikisar tadi dan tumiskan sehingga pecah minyak.
4)Kemudian,masukkan ayam dan asam keping dan tutup kuali biarkan ayam masak dalam 20 minit.
5)Kemudian,masukkan garam secukup rasa dan setengah sudu kecil serbuk pati ikan bilis.
6)Kemudian, tunggu dalam 10 minit dan sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba…
Recent Comments