Menziarahi sahabat lama di Jitra, Kedah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini dalam penghujung tahun 2019, saya dan keluarga telah pergi bercuti menziarahi sahabat lama saya, Wani dan keluarga sahabat lama ayah saya, keluarga Pak Lang di Jitra, Kedah.

Selepas 2 tahun lebih kami tidak ke Jitra, Kedah, alhamdulillah, kami diberi kesempatan kali ini menziarahi mereka.Alhamdulillah, semua sihat sahaja dan berada dalam keadaan baik.

Walaupun saya dan keluarga sudah lama tidak berjumpa mereka, kami masih ada berhubung melalui aplikasi whatsapp dan facebook sebelum ini. Jadi, apabila bertemu, kami dapat berbual seperti biasa tanpa rasa janggal.

Saya membesar di Jitra, Kedah sehingga berumur 8 tahun manakala ayah saya pernah menetap di sana selama 16 tahun sebelum kami berpindah ke Kluang , Johor .Wani adalah sahabat lama saya sejak di tadika kemas lagi.

Sungguh menggembirakan apabila saya berada di sana dengan pemandangan sekeliling yang penuh dengan sawah padi yang sungguh indah sekali.

Selain itu, di sana kami diberikan layanan yang terbaik oleh mereka dan beberapa keluarga lain juga.

Disebabkan kekangan masa juga menyebabkan saya tidak sempat bertemu jiran-jiran lama di Taman Damai Jaya, Jitra, Kedah, tempat saya dan keluarga pernah menetap suatu ketika dahulu sebelum berpindah ke Johor.

Semoga ukhwah yang terjalin antara keluarga saya dan mereka semua sentiasa diberkati Allah 🙂

Hari Raya 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada tarikh 5 Jun 2019 saya berkesempatan meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tercinta saya di kampung halaman di Felda Ayer Hitam, Johor.

Berkumpul beramai-ramai pada hari mulia tersebut mengeratkan lagi hubungan kami sanak saudara.

Program Bangsa Johor Bahagia Rumah Pangsa Bandar Baru Kangkar Pulai

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada tarikh 06/04/2019, saya telah menjadi salah seorang ahli taskforce (CICT) bagi Program Bangsa Johor Bahagia Rumah Pangsa Bandar Baru Kangkar Pulai.

Ia adalah sebuah pengalaman yang berharga buat saya dan rakan-rakan di CICT yang bertugas pada hari tersebut. Alhamdulillah, program berjalan lancar dan semua peserta juga memberikan kerjasama yang sebaiknya.

Berikut adalah beberapa  gambar yang sempat dirakamkan pada hari tersebut:

 

 

Ular di rumah

Assalamualaikum,

Kali ni saya nak cerita tentang ular sawa yg bersaiz agak sederhana sahaja yang sy jumpai di dalam tandas rumah sewa sy di Skudai.

Sblm dijumpai, saya dan kawan2 rumah ada perasan najis yg tiba2 ada di dalam tandas rumah kami. Kemudiannya, kami perasan batang mop di dalam bilik air kerap jatuh.Mula mula kami abaikan sahaja yg kalau mop jatuh tu..tp yg ada najis tiba2 tu buat kami cemas jugak la dan takut ..

Selepas hampir sebulan jumpa najis tu saya pon temui ular sawa tersebut dalam bilik air rumah yang keluar dari lubang jamban tandas rumah. Dalam rasa takut sempat jugak sy tengok sekejap ular tu tapi tak sempat nak ambil gambar atau rakam video sbb tak teringat langsung..

Kemudian, saya memanggil kawan rumah dan alhamdulillah, dia agak tenang dan bertindak terus memberitahu jiran sebelah rumah dan menelefon bomba jugak..terima kasih housemate ??

Tapi malangnya ketika bomba datang ular tu dah pon hilang..bomba jugak tak dapat nak tangkap.

Ini adalah pengalaman saya yang pertama jumpa ular di rumah sewa..

Apa yang saya boleh pesan adalah pastikan lubang di dalam tandas sentiasa ditutup terutama lubang jamban dan tindihkan dengan bata atau baldi berisi air.

Selain itu, pastikan setiap kejadian aneh dan pelik di dalam tandas diambil perhatian lebih dan diselidiki untuk tahu punca dan sebab kewujudan sesuatu itu.

 

 

 

Pertukaran tempat kerja dari UTM Kampus Kuala Lumpur ke UTM Kampus Johor Bahru

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Alhamdulillah, dengan izin Allah, permulaan tahun baru saya pada tahun 2019 bermula dengan sungguh indah dan merupakan sesuatu yang sangat2 berharga kerana saya telah ditukarkan tempat kerja dari UTM Kampus Kuala Lumpur ke UTM Kampus Johor Bahru.

Sy bersyukur sangat2 sebab dekat dan mudah untuk saya balik kg pada setiap hujung mggu jumaat dan sabtu.

Disebabkan keadaan mak saya yg tidak sihat sepenuhnya sejak diserang angin ahmar pada tahun 2010 juga menjadi salah satu faktor saya memilih untuk bekerja di kawasan yang lebih dekat dengan kampung saya di Ayer Hitam, Johor.

Saya sempat bekerja di UTM Kampus Kuala Lumpur dalam setahun jugak sebelum sy melapor diri  di UTM Kampus Johor Bahru pada 15 Januari 2019.

Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan terutama urusan mencari rumah sewa berhampiran tempat kerja.