Nantikan kisahku…
Hari ini 4 Mac 2024 baru lah ada masa untuk aku menulis dalam blog ku sendiri. Ya lah kan, sejak masuk kerja di UTM ni, belum sempat pun aku nak menulis macam ni. Aku suka menulis. Suka menulis cerpen, cerita macam ala-ala novel tu. Aku suka menulis dari kecil lagi, suka menulis dan meluahkan perasaan tapi selalu kena ejek dengan abang-abang aku dulu.. Hehe… Biasalah, mungkin sbb aku anak perempuan pertama yang lahir, jadi aku agak rapat dengan abah dan mak aku. Coretan ni aku memang nak kongsikan kepada semua orang, sebab makin hari aku tengok makin banyak orang yang hidupnya susah. Ada yang direzekikan hidup senang, tapi tak ramai. Yang aku boleh katakan, memang ramai orang hidupnya susah.
Aku anak kelima dari 11 orang adik beradik. Aku ada 4 orang abang, 6 orang adik. Kami terdiri daripada 7 lelaki dan 4 sahaja perempuan. Ramai kan adik beradik aku. Dan biasanya bila adik beradik ramai ni, kami bukan lah orang senang. Walaupun abah pernah bekerja sebagai pengurus felda sewaktu ketika dahulu, tapi hidup kami memang susah sejak kecil lagi. Bayangkan….nak beli gam sekolah pon tak mampu masa tu. Baju, tudung, kasut pun orang banyak bantu. Kami banyak pakai pakaian yang disedekahkan..Itu lah realitinya. Tapi alhamdulillah, semua dah besar panjang, semua dah ada kerjaya masing-masing. Empat abang aku semua dah kahwin, dua orang adik aku dah kahwin. Ya Allah, begitu cepat sekali masa berlalu.