About Me

Berasal dari Mersing, Johor dan dilahirkan pada tanggal 26 Disember 1990. Bermula pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan LKTP Tenggaroh 2, Pendidikan menengah di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Al-Islamiah Mersing dan berhasil menamatkan STAM di Maahad Johor pada tahun 2008. Menyambung pengajian dalam bidang Bahasa Arab dan Komunikasi di Universiti Sains Islam Malaysia pada tahun 2013. Memulakan kerjaya sebagai seorang guru Bahasa Arab di Kolej Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuan Selangor (2014-2016). Keinginan untuk terus memajukan diri dengan menyambung pengajian ijazah sarjana dalam bidang Pendidikan islam di Universiti Kebangsaan Malaysia (2015-2017) dan menerima bantuan biasiswa Mymaster, KPM. Pernah berkhidmat sebagai seorang guru di Sekolah Bina Insan, Yayasan Management Science University selama 2 tahun (2017-2018). Mengambil keputusan untuk menyambung pengajian Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pendidikan Bahasa arab secara sepenuh masa (biasiswa zamalah UTM) di Universiti Teknologi Malaysia. Kini, merupakan pensyarah kanan di Universiti Teknologi Malaysia bermula 2023.