2022-2023
- 1. Subject: Pemikiran Sains dan Teknologi
- Code: UHIT2302
- Semester/Year: Sem 1, 2021/2022
- Seksyen 31 & 32
- Code: UHIT2302
- 2. Subject: Falsafah dan Isu Semasa
- Code: UHIS1022
- Semester/Year: Sem 1, 2021/2022
- Seksyen 13
- 3. Subject: Nilai dan Jati Diri
- Code: ULRS1012
- Semester/Year: Sem 2, 2022/2023
- Seksyen 32
- Code: ULRS1012
- 4. Subject: Kepimpinan
- Code: UHMT2012
- Semester/Year: Sem 2, 2022/2023
- Seksyen 3 & 4
- Code: UHMT2012
- 5. Subject: Penghayatan Etika dan Peradaban
- Code: UHMS1182
- Semester/Year: Sem 2, 2022/2023
- Seksyen 4
2023/2024-1
- 1. Subjek: Pemikiran Sains dan Teknologi
– Code: UHIT2302
– Seksyen 2
- 2. Subjek: Nilai dan Jati Diri
– Code: ULRS32
– Seksyen 17
- 3. Subjek: Falsafah dan Isu Semasa
– Code: ULRS1022
– Seksyen 2, 28, 32
2023/2024-2
- 1. Subjek: Qawaid Bahasa Arab
– Code: SHCI2102
– Seksyen 1
- 2. Subjek: Falsafah dan Isu Semasa
– Code: ULRS1022
– Seksyen 20, 24, 31 - 3. Subjek: Nilai dan Jati Diri
– Code: ULRS1032
– Seksyen 20 - 4. Subjek: Penghayatan Etika dan Peradaban
– Code: ULRS1182
– Seksyen J4
Personal Leadership Development Plan Based on the Four Pillars of Self-Leadership
I believe in the importance of quality Islamic education in shaping ethical and knowledgeable individuals. My experience in teaching and supervising student theses provides a strong foundation for instilling these values in students. What is important to me is to provide effective and high-quality teaching, and to develop students who can apply their knowledge in their daily lives. My goal is to develop positive attitudes, such as honesty, integrity, and a strong work ethic, as well as fostering social awareness and a balanced personality as a leader.
As a lecturer, I am involved in various teaching and research activities. I have conducted courses based on leadership and the philosophy of science and technology, demonstrating my commitment to integrating various elements in Islamic education and the Arabic language. I have been involved in several programs that foster leadership and communication skills among students. The main programs implemented include the ‘Leadership Development & Team Building Program 2023 (LDTP’23)’ and ‘Finding a Hidden Kaisers 2023’. These programs are held to build leadership skills, teamwork, and noble values among students of the Leadership course (UHMT2012) Section 03 and 04. The role of lecturers is not only to deliver theory but also to act as facilitators who encourage students to develop their leadership skills.
Additionally, I was entrusted as the Director of the Outbound Mobility Program held from September 24-27, 2024, at several universities in Brunei Darussalam for research collaboration networking. This program involved 18 master’s and doctoral students who were asked to present papers in their respective fields. I was also appointed as a panelist for student presentations at Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA and UTM. As an educator, it is important to always demonstrate professionalism, be open to student feedback, and provide appropriate guidance. My motivation comes from the desire to empower students so that they can master religious knowledge and the Arabic language well and be able to use this knowledge in their lives.
I realize that to become a more effective educational leader, I need to enhance my skills in using technology in teaching. Therefore, I plan to attend courses and workshops related to educational technology, such as e-learning platforms and digital tools that can be used to teach Arabic and Islamic Education. I also see the importance of engaging in international research collaborations, which can enhance my skills and help me understand different educational approaches globally.
I aim to build success that supports my teaching and research. Among these plans are practicing continuous learning, setting aside time for self-reflection, and actively engaging in research and publication. As a leader in the field of education, I also need to create a conducive environment for student success. I will implement active learning in the classroom, such as problem-based learning and interactive discussions, to ensure students can engage actively and effectively in the learning process.
KEPENTINGAN ADAB DAN ETIKA BAGI PROFESION SEBAGAI PENSYARAH UNIVERSITI
Adab dan etika memainkan peranan penting dalam profesion pensyarah universiti dalam membentuk ekosistem akademik yang sihat, berintegriti, dan produktif. Aspek penting yang menunjukkan kepentingan adab dan etika dalam profesion ini:
- Prodesionalisme dan Integriti Akademik
Pensyarah yang berpegang kepada etika dan adab yang tinggi akan mengekalkan profesionalisme dalam melaksanakan tugas pengajaran, penyelidikan, dan penyeliaan. Seorang pensyarah perlu sentiasa memperbaharui ilmu dan kemahiran dalam bidang yang diajar bagi memastikan kandungan pengajaran kekal relevan dan mengikut perkembangan semasa. - Integriti Akademik
Sebagai seorang pensyarah, perlu menanam nilai kejujuran dalam semua aspek tugasan, termasuk penyelidikan, pengajaran, dan pengurusan pentadbiran. Hal ini melibatkan pemberian penilaian yang saksama dan tepat berdasarkan prestasi sebenar pelajar. Pensyarah harus menjauhi sebarang bentuk plagiarisme dan pada masa yang sama, berperanan mendidik pelajar tentang kepentingan mematuhi etika dalam menjalankan penyelidikan. - Pengajaran dan Penyeliaan
Seorang pensyarah perlu melayan semua pelajar secara saksama dan tidak membezakan mereka berdasarkan latar belakang, jantina, agama, atau etnik. Selain itu, pensyarah harus menunjukkan penghargaan terhadap kepelbagaian serta menghormati pandangan dan pendapat yang berbeza dalam kalangan pelajar. Seorang pensyarah juga perlu sentiasa bersedia membantu pelajar di luar kuliah dan berikan bantuan serta bimbingan. - Hubungan Profesional dan Komunikasi Berkesan
Etika yang baik membantu pensyarah membina hubungan profesional yang positif dengan pelajar, rakan sekerja, dan pihak universiti. Komunikasi yang berkesan dan penuh hormat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran, serta mengurangkan konflik. Ini seterusnya meningkatkan prestasi pelajar dan mewujudkan persekitaran akademik yang harmoni. - Rahsia dan Privasi
Menjaga kerahsiaan maklumat pelajar dan rakan sekerja adalah sebahagian daripada etika profesional. Pensyarah yang menghormati privasi individu akan membina kepercayaan dan rasa hormat dalam komuniti akademik. - Keadilan dan Ketelusan
Pensyarah yang adil dan telus dalam penilaian dan interaksi dengan pelajar akan menimbulkan rasa percaya dalam kalangan pelajar. Keadilan dalam penilaian memastikan bahawa setiap pelajar diberi peluang yang sama untuk berjaya, manakala ketelusan dalam proses pengajaran dan penyeliaan meningkatkan keyakinan pelajar terhadap sistem Pendidikan. - Komunikasi Berkesan
Pensyarah perlu memastikan komunikasi dengan pelajar dan rakan sekerja dilakukan dengan jelas dan tepat. Maklumat yang disampaikan harus lengkap dan berasaskan sumber yang sahih, bukannya sekadar khabar angin atau maklumat tidak berasas. Pensyarah juga perlu menghormati masa pelajar dengan memberikan maklum balas serta keputusan ujian atau pentaksiran dalam tempoh yang munasabah dan tidak berlengah-lengah. - Kebajikan Pelajar
Etika yang tinggi mendorong pensyarah untuk mengambil berat tentang kebajikan pelajar, termasuk kesihatan mental dan fizikal mereka. Pensyarah yang prihatin terhadap keperluan pelajar akan membantu meningkatkan motivasi dan prestasi akademik pelajar.
Pengaruh Adab dan Etika terhadap Ekosistem Akademik
Adab dan etika yang baik dalam kalangan pensyarah akan mempengaruhi ekosistem akademik secara positif. Kepercayaan pelajar terhadap pensyarah dan institusi akan meningkat, yang seterusnya mendorong prestasi akademik yang lebih baik. Kredibiliti pensyarah yang tinggi juga akan meningkatkan reputasi universiti dan menarik minat pelajar serta penyelidik untuk bekerjasama. Adab dab etika adalah tunjang kepada profession pensyarah university. Pengaruh ini menjadikan proses PdP menjadi lancar dan dapat membina kepercayaan, meningkatkan prestasi pelajar, dan dapat mengekalkan kredibiliti seorang pensyarah. Tanpa adab dan etika, ekosistem akademik boleh terjejas menyebabkan tidak ada saling percaya antara satu sama lain, prestasi merudum, dan reputasi menjadi buruk. Oleh itu, sebagai seorang pensyarah perlulah sentiasa mempraktikkan nilai-nilai murni ini dalam semua aspek tugasan mereka.
Cabaran Adab dan Etika Pensyarah di Universiti
Salah satu cabaran utama adalah kepelbagaian latar belakang pelajar yang datang daripada budaya, agama, dan nilai yang berbeza. Keadaan ini kadangkala menyebabkan salah faham atau konflik dalam komunikasi dan interaksi antara pensyarah dan pelajar. Sebagai contoh, dalam subjek umum (Pemikiran Sains dan Teknologi). Pelajar universiti akan mengambil subjek umum sebagai salah satu subjek yang mereka perlu lulus. Ramai dalam kalangan mereka yang terdiri daripada pelbagai agama menyebabkan kesukaran pada seorang pensyarah dalam menyampaikan elemen agama sesuatu topik. Pensyarah mungkin secara tidak sedar menunjukkan bias atau diskriminasi terhadap pelajar berdasarkan jantina, agama, etnik, atau latar belakang sosioekonomi. Selain itu, antara cabaran lain bagi pensyarah adalah dalam memenuhi KPI seperti penerbitan kajian, pembiayaan penyelidikan, dan kecemerlangan pengajaran. Ini boleh menyebabkan konflik antara etika dan keperluan prestasi, seperti tergoda untuk memanipulasi data penyelidikan atau mengabaikan kualiti pengajaran. Pensyarah mungkin terlalu fokus pada tugas penyelidikan atau pentadbiran sehingga mengabaikan kebajikan pelajar, seperti tidak memberikan maklum balas tepat pada masanya atau tidak peka terhadap keperluan emosi pelajar. Dengan penggunaan teknologi yang meluas, pensyarah mungkin menghadapi cabaran dalam menjaga privasi data pelajar dan memastikan penggunaan teknologi yang beretika.
Langkah Mengatasi Cabaran
Bagi mengatasi cabaran ini, universiti boleh memperkenalkan modul khas yang menekankan adab dan etika dalam kursus induksi atau subjek teras. Sebagaimana sedia maklum, pihak HEPA UTM sedang menguatkuasakan modul ini untuk diterapkan dalam subjek umum. Pensyarah perlu menguatkuasakan peraturan yang jelas mengenai penggunaan teknologi dan tingkah laku di dalam kelas. Sebagai contoh, peraturan dalam mematuhi masa PdP, pemakaian, tingkah laku, gaya berkomunikasi dengan pensyarah dan menghormati pensyarah dan rakan sekelas.
Bagi pensyarah pula, latihan dalam komunikasi efektif, pengurusan tekanan, dan pedagogi perlu diberikan secara berkala untuk meningkatkan kompetensi mereka. Pensyarah juga digalakkan untuk mengamalkan pendekatan yang mesra tetapi tegas dalam menegakkan disiplin dan adab pelajar. Dengan langkah-langkah ini, suasana akademik yang harmoni dan profesional di universiti dapat dipupuk serta dikekalkan. Selain dari itu, mengadakan latihan berkala tentang etika penyelidikan, menggunakan perisian pengesanan plagiarisme (turnitin), dan mewujudkan jawatankuasa etika penyelidikan untuk pemantauan.