Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Pindaan 2020]

  1. Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177] merupakan undang-undang buruh utama yang mengawal selia hubungan di antara majikan, pekerja dan kesatuan sekerja.
  2. Akta ini menetapkan hak-hak pekerja dan majikan serta menyediakan mekanisme penyelesaian bagi pertikaian perusahaan yang wujud.
  3. Sejak mula dikuatkuasakan pada tahun 1967, Akta 177 telah melalui proses pindaan sebanyak enam (6) kali.
  4. Pindaan kali terakhir telah dibuat pada tahun 2014 yang berkuatkuasakan pada 1 Julai 2015 melibatkan 3 seksyen sahaja.
  5. Pindaan terkini Akta 177 telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 9 Oktober 2019 dan Dewan Negara pada 19 Disember 2019 serta telah diwartakan pada 20 Februari 2020 setelah diperkenankan oleh YDPA pada 6 Februari 2020.
  6. Pindaan ini merupakan pindaan holistik kerana melibatkan pindaan terhadap 35 seksyen daripada keseluruhan 63 seksyen.
  7. Pindaan ini berkuatkuasa pada 1 Januari 2021. Tarikh kuat kuasa ini telah disiarkan dalam Warta Kerajaan pada 21 Disember 2020 [P.U. (B) 695].
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *