Majlis Apresiasi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH) telah diadakan pada 21 Ogos 2023 (Isnin), bertempat di Dewan Sri Perdana, UTM Johor Bahru.  FSSH telah menganugerahkan seramai 229 staf akademik dan dan pengurusan, profesional dan plaksana (PPP) sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2022.  Penganugerahan ini diberikan kepada staf akademik dan PPP di FSSH yang mendapt nilai ELPPT dan ELNPT 95% dan ke atas.

Anugerah ini diberikan sebagai tanda penghargaan kepada semua staf yang telah bersama-sama untuk mendukung aspirasi dan agenda FSSH sepanjang tahun 2022.

Anugerah yang diberikan adalah:

1) Anugerah Khas Anumerata

2) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang FSSH 2022

3) Anugerah Kualiti Perkhidmatan Staf PPP

4) Anugerah Penghargaan Penyelaras Program Akademik

5) Anugerah Program Akademik

6) Anugerah Penasihat Akademik

7) Anugerah Pengajaran

8) Anugerah Penyelidikan

9) Anugerah Perundingan

10) Anugerah Inovasi dan Komersialisiasi

11) Anugerah Keterlibatan dalam Industri

12) Anugerah Penulisan dalam Jurnal Berindeks

13) Anugerah Penyelidikan Terbaik

14) Anugerah Penerbitan

15) Anugerah Sukan

16) Anugerah Khidmat Masyarakat

17) Anugerah Seni Kreativiti

18) Anugerah Webometrik (Individu)

19) Anugerah Inovasi Kerja dalam Kumpulan)

20) Penerima Khas Anugerah Perekacipta 

21) Anugerah Khas Tokoh Akademik

22) Anugerah Jasamu Dikenang