Bila orang kata “sharing is caring”, ianya memang sesuatu yang nyata. Memang ia merupakan satu perkara yang kita ambil kisah kepada seseorang. Memang tentang kita berikan kasih sayang kepada seseorang. Begitulah jua hari ini. Apabila seorang senior lecturer member yang berminat untuk berkongsi cara untuk menyumbang kepada 5% markah penilaian, ia sebenarnya menunjukkan keperibadian “ambil berat” & “kasih sayang” walaupun mungkin bagi seseorang itu ia hanyalah 5%. Namun 5% ini tidak akan ada sekiranya tiada siapa yang ada hal atau ada hati tentang rasa “ambil berat” & “kasih sayang” tersebut. Jika kita hanya simpan sendiri ilmu mendapatkan 5% ini, ia hanya akan tenggelam bersama kita sehingga kita menyembah bumi tanpa dimanfaatkan kepada orang lain. Sebenarnya, bukan hanya pada markah penilaian yang kita lihat, namun kepada kesudian kita dalam merencanakan mahupun menyebarkan ilmu. Sejauh mana kita adaptasi mahupun hayati apakah yang dikatakan “sharing is caring”? Tepuk dada, tanyalah selera.