
Ok, entry kali ni, aku nak bagi resepi kek batik yang menjadi pujaan rakan-rakan satu pejabat… (betul kah????)
Resepi ni pon diolah dari en. Google.
Moh kita mulakan…
Bahan-bahan
Buttercup 250 gm *
Susu pekat 250 gm *
Susu cair 1/2 cawan *
Milo/ vico/ yg seangkatan dgnnya 200 gm *
Cocoa powder 1/4 cawan *
Biskut marie (akk guna jenama tiger)
================
1. Satukan semua bhn bertanda * dlm periuk, n kacau sampai likat.
2. Sementara menunggu likat, patah2kn biskut marie.
3. Bila dh likat, matikan api, dan masukkan biskut. Kacau sampai semua biskut bersalut.
4. Masukkan dlm bekas yg beralaskan plastik (supaya mudah nk keluarkan).
Last, masukkan dlm lemari es… ???
Mudah je kan???… Tapi, kalau malas sangat nak buat buat, beli je dengan akak. Biasa akak jual satu loyang, RM 30. Dan ia bergantung dengan harga bahan. Kalau harga bahan naik, makanya, harga pon kena naik juga.