PROGRAM TAUTAN UKHUWAH – JKKK KAMPUNG INOVASI (JTNCPI)

Terlajak raya namanya. Such a great event, makan sedap, buskers team best- Kudos team JTNCPI & PPMU sebagai tuan rumah kerana berjaya realisasikan Program tautan Ukhuwah- JKKK Kampung Inovasi pada 25 Mei 2023 (Khamis). Bila ada event besar macam ni baru dapat ‘keluar sarang’ jumpa orang.

Bertemakan ‘suasana kampung’, rata-rata semua yang hadir tak lepaskan peluang melaram mengikut tema, si kandanya segak berlembing & adindanya cantik berbatik.

Pemenang pakaian tercantik
Booth IFE – tetap Chocolate Fountain walaupun tema kampung
Team IFE JB/KL bersama YBrs. Prof. Ir. Dr. Abu Sahmah bin Mohd Supa’at
Si Ramlee & Salmah

WEBSITE WORDPRESS TRAINING WEBPEOPLE@UTM

Akhirnya terhasil post pertama selepas menghadiri kursus website WordPress training WEBPEOPLE@UTM yang telah dijalankan selama setengah hari di Studio Komputer Seni Bina, Blok B11, FABU. Kursus website wordpress – webpeople@UTM ini dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Bakat & Kepimpinan Universiti atau lebih dikenali sebagai CTLD.

WebPeople@UTM ini merupakan satu platform web peribadi bagi staf UTM (akademik. penyelidik & staf) untuk ‘berkarya’ dalam penulisan dan penerbitan. Dengan adanya kursus website wordpress ini dapat membantu staf untuk berjinak-jinak dalam bidang penulisan dan secara tidak langsung menyumbang untuk pemarkahan eLNPT.

Kursus website wordpress webpeople@UTM telah disampaikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Zaki Yamani Zakaria. Penyampaian yang sangat santai tetapi full of input, tak mengantuk dalam kelas, Terima Kasih Dr.! Feel free to visit Dr. Zaki Yamani website for more info.

Here are some of the posts published by the participants:

Results of WEBSITE TRAINING WEBPEOPLE@UTM by Hani, UTM Digital

Results of WEBSITE TRAINING WEBPEOPLE@UTM by Izzam, PPMU

Terima kasih CTLD sediakan servis yang terbaik untuk participants especially makanan hehe. Dapat jumpa kawan-kawan baru dari UTM Digital 🙂

Okay, till next time for my next post!