{"id":2547,"date":"2026-08-03T04:51:10","date_gmt":"2026-08-03T04:51:10","guid":{"rendered":"https:\/\/people.utm.my\/suraya\/?p=2547"},"modified":"2026-08-03T05:26:02","modified_gmt":"2026-08-03T05:26:02","slug":"pembangunan-pelan-strategik-pendigitalan-psp-bheuu-2026-2030","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/suraya\/2026\/08\/03\/pembangunan-pelan-strategik-pendigitalan-psp-bheuu-2026-2030\/","title":{"rendered":"Pembangunan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) BHEUU 2026-2030"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dokumen Pelan Strategik Pendigitalan BHEUU kini telah diterbitkan secara rasmi dan boleh diakses oleh orang awam melalui portal rasmi BHEUU.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\ud83d\udd17 <a href=\"https:\/\/www.bheuu.gov.my\/orang-awam\/pelan-strategik\" data-type=\"link\" data-id=\"https:\/\/www.bheuu.gov.my\/orang-awam\/pelan-strategik\">Pautan Portal Rasmi BHEUU: Pelan Strategik Pendigitalan BHEUU<\/a><\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"752\" src=\"https:\/\/people.utm.my\/suraya\/wp-content\/uploads\/sites\/615\/2026\/08\/psp-bheuu-1024x752.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-2551\" srcset=\"https:\/\/people.utm.my\/suraya\/wp-content\/uploads\/sites\/615\/2026\/08\/psp-bheuu-1024x752.png 1024w, https:\/\/people.utm.my\/suraya\/wp-content\/uploads\/sites\/615\/2026\/08\/psp-bheuu-300x220.png 300w, https:\/\/people.utm.my\/suraya\/wp-content\/uploads\/sites\/615\/2026\/08\/psp-bheuu-768x564.png 768w, https:\/\/people.utm.my\/suraya\/wp-content\/uploads\/sites\/615\/2026\/08\/psp-bheuu-409x300.png 409w, https:\/\/people.utm.my\/suraya\/wp-content\/uploads\/sites\/615\/2026\/08\/psp-bheuu.png 1242w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saya dan Pasukan Pendigitalan UTM bersyukur dan menghargai kepercayaan yang diberikan untuk terlibat dalam pembangunan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan tertinggi serta seluruh warga BHEUU atas kerjasama, komitmen dan keterbukaan sepanjang proses pembangunan PSP ini. Tahniah sekali lagi kepada seluruh pasukan BHEUU atas usaha yang telah diterjemahkan sehingga terhasilnya dokumen rasmi Pelan Strategik Pendigitalan BHEUU. Disertakan sedutan pelancaran pelan oleh YBhg. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Dato&#8217; Sri Azalina binti Othman Said.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><div style=\"width: 584px;\" class=\"wp-video\"><video class=\"wp-video-shortcode\" id=\"video-2547-1\" width=\"584\" height=\"329\" preload=\"metadata\" controls=\"controls\"><source type=\"video\/mp4\" src=\"http:\/\/people.utm.my\/suraya\/wp-content\/uploads\/sites\/615\/2026\/08\/WhatsApp-Video-2026-08-03-at-12.57.59.mp4?_=1\" \/><a href=\"http:\/\/people.utm.my\/suraya\/wp-content\/uploads\/sites\/615\/2026\/08\/WhatsApp-Video-2026-08-03-at-12.57.59.mp4\">http:\/\/people.utm.my\/suraya\/wp-content\/uploads\/sites\/615\/2026\/08\/WhatsApp-Video-2026-08-03-at-12.57.59.mp4<\/a><\/video><\/div>\n\n\n\n<h1 class=\"wp-block-heading\">Memahami RPSA dan Pendekatan Whole-of-Government (WoG)<\/h1>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sepanjang sesi bimbingan dan handholding yang dilaksanakan, antara cabaran utama bukan hanya berkaitan pemilihan teknologi atau penyelesaian digital, tetapi bagaimana memastikan transformasi pendigitalan benar-benar selari dengan hala tuju strategik agensi melalui pemahaman yang mendalam terhadap Rancangan Pembangunan Strategik Agensi (RPSA) serta pendekatan Whole-of-Government (WoG).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berdasarkan pengalaman sepanjang proses ini, terdapat beberapa aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam merangka pelan pendigitalan agensi:<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">1. Memahami Ekosistem dan Fungsi Teras Agensi<\/h2>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pendigitalan perlu bermula dengan pemahaman menyeluruh terhadap peranan agensi, kumpulan sasar serta rantaian penyampaian perkhidmatan. Teknologi hanyalah pemudah cara; perkara yang lebih penting adalah memastikan inisiatif digital mampu meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan, memperkukuhkan kerjasama antara bahagian serta menyokong integrasi dengan agensi berkaitan.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">2. Pengurusan Data dan Tadbir Urus ke Arah Single Source of Truth<\/h2>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Data merupakan asas kepada keputusan yang berkualiti. Oleh itu, pengurusan dan tadbir urus data yang baik amat penting bagi memastikan data yang digunakan adalah tepat, konsisten dan boleh dipercayai. Usaha ke arah Single Source of Truth (Golden Data) perlu diberi perhatian bagi mengurangkan isu pertindihan data serta memastikan keputusan strategik dibuat berdasarkan maklumat yang sahih.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">3. Kesediaan Data bagi Pemanfaatan Teknologi AI<\/h2>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam era Kecerdasan Buatan (AI), kejayaan pelaksanaan AI sangat bergantung kepada kualiti dan kesiapsiagaan data. Data yang ditadbir urus dengan baik akan membolehkan teknologi AI dimanfaatkan secara lebih berkesan, selamat dan bersesuaian dengan keperluan khusus sesebuah agensi.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">4. Pemerkasaan Bakat Digital dan Tatakelola Teknologi<\/h2>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perubahan teknologi yang berlaku dengan pantas memerlukan warga organisasi sentiasa meningkatkan kemahiran digital serta memahami aspek tata kelola yang berkaitan. Pengukuhan bakat, garis panduan serta mekanisme kawalan yang sesuai penting bagi memastikan transformasi digital dapat dilaksanakan secara mampan.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"wp-block-heading\">Semoga BHEUU terus sukses dalam melaksanakan agenda pendigitalan yang telah dirancang. Diharapkan segala usaha dan perancangan yang digariskan melalui PSP BHEUU ini dapat membawa manfaat besar bagi masyarakat serta menyumbang kepada kemajuan agama, bangsa, dan negara.<\/h2>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dokumen Pelan Strategik Pendigitalan BHEUU kini telah diterbitkan secara rasmi dan boleh diakses oleh orang awam melalui portal rasmi BHEUU. \ud83d\udd17 Pautan Portal Rasmi BHEUU: Pelan Strategik Pendigitalan BHEUU Saya dan Pasukan Pendigitalan UTM bersyukur dan menghargai kepercayaan yang diberikan &hellip; <a href=\"https:\/\/people.utm.my\/suraya\/2026\/08\/03\/pembangunan-pelan-strategik-pendigitalan-psp-bheuu-2026-2030\/\">Continue reading <span class=\"meta-nav\">&rarr;<\/span><\/a><\/p>\n","protected":false},"author":14419,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-2547","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-uncategorized"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/suraya\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2547","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/suraya\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/suraya\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/suraya\/wp-json\/wp\/v2\/users\/14419"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/suraya\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2547"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/people.utm.my\/suraya\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2547\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2707,"href":"https:\/\/people.utm.my\/suraya\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2547\/revisions\/2707"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/suraya\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2547"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/suraya\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2547"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/suraya\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2547"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}