Ayam Masak Merah

Budak-budak memang suka ayam masak merah kerana kurang rasa pedasnya.  Sedap juga dimakan dengan nasi minyak dilawankan dengan jelatah.

Resepi di bawah nie adalah jariah dari group masakan di FB. Terima kasih tak terhingga.Tak ingat dah siapa nama empunya. Belum pernah cuba, akan buat insya Allah satu hari nanti.

BAHAN AYAM

Seekor ayam dipotong 10 dan gaul dengan garam dan kunyit. Goreng separuh garing.

SAMBAL

Bahan A

  • Halia besar ibu jari
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 labu bawang besar

Blend semua sekali.

Bahan B

200 gram cili kering, rebus dan blend halus.

 Bahan C

  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar susu sejat

CARA-CARA

  1. Tumis Bahan A sehingga sedikit garing. Masukkan Bahan B dan masak sehingga pecah minyak. Seterusnya masukkan Bahan C dan perasakan dengan gula dan garam.
  2. Masukkan ayam dan daun pandan. Biar reneh sehingga ayam benar-benar masak.

Biskut Chocolate Chips

Biskut kegemaran encik suami dan anak-anak. Resepi asal daripada ibu mertua menggunakan sukatan oz. Memandangkan agak payah nak timbang-menimbang nie apatah lagi menggunakan sukatan US, resepi tersebut telah saya ubahsuai sesedap rasa menyukat. Diharapkan rasanya masih memikat 🙂

Bahan-bahannya:

  • 250 gram butter
  • 2 cawan gula perang
  • 2 1/2 cawan tepung gandum*
  • 1 sudu teh baking powder*
  • 1 sudu teh soda bikarbonat*
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 cawan choc chips
  • 1 cawan badam cincang (bakar sebentar)

* ayak bersama

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan oven kepada suhu 180’C
  2. Pukul gula perang dan butter sehingga sebati.
  3. Masukkan telur dan esen vanilla. Gaul sebati.
  4. Masukkan campuran tepung gandum, baking soda dan baking powder sedikit demi sedikit.
  5. Masukkan badam cincang dan choc chips.
  6. Sudu adunan kecil-kecil dan susun di dalam dulang pembakar.
  7. Bakar selama 10-15 minit atas sehingga masak.

Biskut Cornflakes Rangup

Biskut ini merupakan biskut rasmi rumah Lela. Kalau beraya di rumah dia, memang tak raya lah kalau biskut nie tak ada. Sangat sedap kerana harum mentega tulin yang digunakan dan rangup cornflakes yang menyalutinya…

Bahan-bahan:

  • 250 gram mentega tulin (suhu bilik)
  • 1 cawan gula perang/castor
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 3 cawan cornflakes
  • 1/4 cawan choc chips (pilihan)

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan oven kepada suhu 170’C.
  2. Pukul gula dan mentega sehingga lembut dan sebati.
  3. Masukkan telur dan esen vanilla.
  4. Masukkan tepung, choc chips dan 1 cawan cornflakes yang telah dihancurkan.
  5. Gaul sebati.
  6. Bulat-bulatkan adunan dan golekkan ke dalam baki 2 cawan cornflakes.
  7. Susun di dalam dulang pembakar dan bakar selama 10-12 minit.