Rindu ini

Dulu masa kecil-kecil. Masa tengah syok bermain, jika datang sahaja awan mendung maka akan berjampilah kami beramai-ramai “arang! arang! arang! arang!”. Orang tua-tua kata nanti awan mendung tu akan pergi. Ya! jampi tu memang menjadi. Tapi aku rasa awan mendung pergi bukan kerana jampi itu tetapi kerana doa kami. Ye lah, budak-budak kan hatinya suci.

Tapi kalau jerebu yang berarak datang macamana pula?

Bukan aku yang tidak mahu ketemu
Bukan juga awan nan membiru
Kami saling merindu
Tetapi jerebu yang cemburu

Setelah sekian kalinya awan menangis
Kini mentari tersenyum manis
Rinduku terbang bersama gerimis.

p/s: Kutitipkan sajak di atas buat jerebu (abang kata jerubu) dengan ucapan syoh! syoh! syoh!

Biskut Chocolate Chips

Ini resepi lain, selain yang selalu guna tu. Park dulu. Nanti rajin boleh cuba.

BAHAN-BAHAN

  • 250 gram butter
  • 1 1/2 cawan gula perang
  • 2 biji telur
  • 2 3/4 cawan tepung
  • ½ sudu teh garam
  • 1 ½ sudu teh baking soda
  • 1 ½ sudu teh esen vanilla
  • 1 ½ cawan chocolate chips

CARA-CARA MEMBUATNYA

  1. Putar butter dengan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  3. Satukan tepung, soda bicarbonate dan garam serta ayak supaya sekata.
  4. Masukkan ke dalam adunan dan gaul rata.
  5. Masukkan esen vanilla.
  6. Akhir sekali masukkan chocolate chips.
  7. Gunakan scoop ice-cream untuk mudah membentuk biskut.
  8. Bakar selama 30 minit pada suhu 180`C (atau mengikut kesesuaian oven) *oven perlu dipanaskan terlebih dahulu