Mudahnya bersedekah

Singgah isi minyak di Petron PLUS Skudai. Tak sengaja terpandang seorang budiman melambai-lambai petugas stesen yang kelihatannya tadi telah membersihkan windscreennya.

Dihulurkan gulungan kertas dan berlalu dengan pantas. Terkejut petugas tersebut lalu membuka gulungan dan kelihatan kepingan hijau. Tersenyum riang kelihatannya.

Ya Allah, mudahnya nak bersedekah. Note RM5 mungkin kecil bagi kita tetapi besar bagi mereka.

Moga istiqomah  untuk menjemput rezeki dengan menambah sedekah.

Majlis Anugerah Permata Gemilang 2018

Teruja mendapat jemputan untuk menghadiri Majlis Permata Gemilang 2018 anjuran Pejabat Pendaftar.

Terlibat dengan Sistem Paparan Nama Penerima Anugerah yang bertanding di bawah kategori Anugerah Inovasi (Kumpulan). Walaupun tidak menang, tersenarai sebagai finalis pun sudah cukup mengembirakan.

Moga ada lagi peluang untuk terlibat dengan inovasi baru.

Rindu ini

Dulu masa kecil-kecil. Masa tengah syok bermain, jika datang sahaja awan mendung maka akan berjampilah kami beramai-ramai “arang! arang! arang! arang!”. Orang tua-tua kata nanti awan mendung tu akan pergi. Ya! jampi tu memang menjadi. Tapi aku rasa awan mendung pergi bukan kerana jampi itu tetapi kerana doa kami. Ye lah, budak-budak kan hatinya suci.

Tapi kalau jerebu yang berarak datang macamana pula?

Bukan aku yang tidak mahu ketemu
Bukan juga awan nan membiru
Kami saling merindu
Tetapi jerebu yang cemburu

Setelah sekian kalinya awan menangis
Kini mentari tersenyum manis
Rinduku terbang bersama gerimis.

p/s: Kutitipkan sajak di atas buat jerebu (abang kata jerubu) dengan ucapan syoh! syoh! syoh!