Rindu ini

Dulu masa kecil-kecil. Masa tengah syok bermain, jika datang sahaja awan mendung maka akan berjampilah kami beramai-ramai “arang! arang! arang! arang!”. Orang tua-tua kata nanti awan mendung tu akan pergi. Ya! jampi tu memang menjadi. Tapi aku rasa awan mendung pergi bukan kerana jampi itu tetapi kerana doa kami. Ye lah, budak-budak kan hatinya suci.

Tapi kalau jerebu yang berarak datang macamana pula?

Bukan aku yang tidak mahu ketemu
Bukan juga awan nan membiru
Kami saling merindu
Tetapi jerebu yang cemburu

Setelah sekian kalinya awan menangis
Kini mentari tersenyum manis
Rinduku terbang bersama gerimis.

p/s: Kutitipkan sajak di atas buat jerebu (abang kata jerubu) dengan ucapan syoh! syoh! syoh!

Biskut Chocolate Chips

Ini resepi lain, selain yang selalu guna tu. Park dulu. Nanti rajin boleh cuba.

BAHAN-BAHAN

  • 250 gram butter
  • 1 1/2 cawan gula perang
  • 2 biji telur
  • 2 3/4 cawan tepung
  • ½ sudu teh garam
  • 1 ½ sudu teh baking soda
  • 1 ½ sudu teh esen vanilla
  • 1 ½ cawan chocolate chips

CARA-CARA MEMBUATNYA

  1. Putar butter dengan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  3. Satukan tepung, soda bicarbonate dan garam serta ayak supaya sekata.
  4. Masukkan ke dalam adunan dan gaul rata.
  5. Masukkan esen vanilla.
  6. Akhir sekali masukkan chocolate chips.
  7. Gunakan scoop ice-cream untuk mudah membentuk biskut.
  8. Bakar selama 30 minit pada suhu 180`C (atau mengikut kesesuaian oven) *oven perlu dipanaskan terlebih dahulu

CICT di Hati

Selalunya tak perasan, tapi pagi nie lalu rasa tenang dan lapang. Kalau ada kerusi bawah pokok tu boleh juga buat port memasang impian. Kerengga pun banyak boleh temankan eh.

Kek cawan oren

Resepi kek nie dapat daripada Acik Jimah. Tapi rupa-rupanya dia dapat daripada emak. Acik buat suka-suka tapi ramai pula yang suka. Jadi, sekarang kek nie dah jadi pendapatan sampingannya.

Perisa kek nie boleh diubah suai. Untuk kek oren, acik akan masukkan buah-buahan campuran. Kalau nak jadi kek coklat, acik akan tukar perisa oren kepada perisa coklat dan masukkan chocolate chips.

Bahan-bahan:

  • 250 gram mentega
  • 250 gram tepung naik sendiri (ayak sebanyak 3 kali)
  • 180 gram gula pasir (blender sehingga halus)
  • 1/4 cawan susu cair
  • 4 sudu perisa oren
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 5 biji telur ayam gred C

Cara-cara membuatnya:

  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu.
  3. Masukkan susu cair, esen vanilla dan perisa oren.
  4. Masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit.
  5. Masukkan adunan ke dalam cawan kertas kecil.
  6. Bakar dengan suhu 1700C selama 15 minit.

Kek Batik

Kek batik memang sangat mudah untuk dibuat dan tak boleh berenti bila makan. Terutama kalau baru lepas keluar peti sejuk. Resepi nie tak ada telur ya.

BAHAN-BAHAN

  • 250 gram butter
  • 2 cawan serbuk Milo
  • 3/4 cawan susu pekat
  • 1 paket biskut marie

CARA-CARA

  1. Panaskan butter sehingga cair.
  2. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
  3. Masukkan serbuk Milo dan kacau sehingga rata.
  4. Masukkan biskut yang telah dipatah-patahkan dan kacau rata.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastik dan ditekan-tekan sehingga padat.
  6. Sejukkan di dalam peti sejuk.