Macaroni Bakar (Malay Style)

Kalau tak suka makaroni yang berkuah putih (ala-ala mat salleh hihihi) boleh try yang ni.

Saya cuba-cuba resepi supaya kene dengan tekak saya (tekak melayu :-))

 

Bahan-bahan

Makaroni yang telah direbus (biasa saya guna half pack)

Bawang besar – cincang dadu halus (sebiji)

Bawang putih – cincang halus (4-5 ulas)

Cili boh (ikut sepedas rasa) — biasa saya guna dalam 2 sudu besar

Daging Cincang (1 pack)

Kacang Peas (half pack yang frozen)

Sos Pasta (1 Tin kecil)

Minyak untuk menumis

Black pepper

Garam, Gula secukup rasa

4 biji telur

Cheese Mozarella (grated)

 

Cara-cara
  1. Tumis  (daging cincang + black pepper) hingga kekuningan
  2. Masukkan bawang besar, bawang putih tumis lagi sampai harum 🙂
  3. Masukkan cili boh, tumis sampai naik minyak
  4. Masukkan sos pasta
  5. Masukkan makaroni — gaul rata, tambahlah garam & gula secukup rasa
  6. Matikan api. Masukkan makaroni yang telah digoreng td ke dalam bekas pembakar
  7. Pukul telur & tuang ke atas makaroni td. Ratakan.
  8. Akhir sekali tabur rata cheese mozarella ke atas makaroni.
  9. Bakar dalam pre-heated oven (180 darjah) hingga cheese melted & kekuningan.

 

** Bila bakar, letakkan pada bahagian tengah oven.