Spaghetti Carbonara

Resepi ni sesuai dihidangkan untuk yang penggemar spaghetti yang creamy dan yang tak suka pedas. Biasa kalau masak resepi ni untuk birthday anak atau majlis kat sekolah anak, most budak2 mesti suka (agaknya sebab tak pedas). Selamat mencuba!

 

Bahan-bahan (Hidangan untuk 8-10 orang)
  • 1 pack Spaghetti — rebus & toskan (jangan rebus lembik sangat)
  • 1 Bawang Besar — potong dadu kecik
  • 8 Ulas Bawang Putih — cincang halus
  • 1-2 Pack Chicken Slice/Turkey Slice (Paling senang cari Chicken Loaf Ayamas) — hiris kecik2 panjang
  • Olive Oil (Agak2 utk menumis)
  • Black Pepper (Secukup rasa)
  • Mixed Herbs (Secukup rasa)
  • 500 ml Whipping Cream
  • 500 ml Fresh Milk
  • 1 sudu makan chicken stock
  • 2 sudu makan tepung gandum + 1/5 cawan air
Cara-cara
  1. Tumis bawang besar, bawang putih dengan olive oil (api sedang) sampai naik wangi
  2. Masukkan chicken slice yang telah dihiris
  3. Tambah black pepper & mixed herbs
  4. Agak2 bahan meresap ke chicken slice, masukkan cream & fresh milk
  5. Masukkan Chicken Stock, Garam secukup rasa
  6. Masukkan tepung gandum yang telah dicampur air tadi (step ni untuk pekatkan kuah) kalau suka kuah cair boleh skip step ni.