Pengajian Selepas Ijazah: yang mana satu untuk saya?


Sebelum saya bermula, izinkan untuk saya jelaskan yang pengajian pasca-ijazah boleh dibahagikan kepada 4. Penjelasan saya dalam post ini adalah berdasarkan program yang ditawarkan di Jabatan Geoinformasi (Geoinformation) di Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia.

  1. Master by taught course (mixed mode)
  2. Master by research
  3. PhD (master/ fast track / conversion programme)
  4. PhD Industri

Master by taught course (mixed mode)

Pengajian mode ini adalah sama seperti pengajian ijazah, yang mana anda masih perlu menghadiri kuliah mengikut jadual serta menyiapkan tugasan yang diberi. Kredit dibahagi kepada 4 bahagian iaitu 3 kredit utk subjek universiti, 22 kredit utk core courses, 8 kredit utk projek sarjana (dissertasi) dan 12 kredit utk subjek elektif. (Total 45 kredit).

Untuk komponen research, 2 semester diberikan untuk merekabentuk kajian ringkas (dissertasi) yang merangkumi pernyataan masalah (problem statement), cadangan penyelesaian (methodology), perlaksaan penyelesaian (execution) dan perbincangan hasil kajian selepas proses validasi.

Tempoh pengajian : minimum 3 semester, maksimum 6 semester.

Syarat lulus : CGPA 3.00

Untuk siapa? Sesuai dipilih oleh mereka yang ingin mencuba pengkhususan baru (tujuan multidisciplinary) berikutan minat atau keperluan kerja semasa.

Master by research

Master by research adalah satu mod pengajian separa-berdikari dibawah bimbingan seorang atau beberapa supervisor. Kajian dan thesis merupakan fokus utama pengajian. Dari segi kuliah, cuma 2 subjek wajib harus dihadiri iaitu Research Methodology dan Subjek Umum**.

Tempoh pengajian : minimum 3 semester, maksimum 8 semester.

Untuk siapa? Sesuai untuk mereka yang berminat utk mengaplikasi ilmu yang dipelajari ke dalam bentuk kajian serta aplikasi dunia sebenar.

PhD

Untuk pengajian PhD, terdapat 3 jenis kemasukan. Yang pertama dan kebiasaanya – kemasukan selepas Master, yang kedua, mode fast track (dari Ijazah Sarjana Muda terus ke PhD), dan akhir sekali conversion program – yang mana pelajar mendaftar sebagai master dan diupgrade kepada PhD selepas menunjukkan prestasi meyakinkan semasa proposal defence. PhD fast track pula,bersifat ekslusif dimana ditawarkan oleh pihak fakulti melalui tawaran kepada pelajar berdasarkan keputusan CGPA akhir semasa pengajian Ijazah Sarjana Muda.

Penganugerahan PhD adalah berdasarkan penghantaran thesis yang membuktikan kemampuan calon utk menjalankan kajian dengan ciri-ciri originality, kemampuan berdikari serta pembuktian sumbangan kepada body of knowledge dalam sesuatu bidang.

Tempoh pengajian : minimum 5 semester – setelah memenuhi kepada syarat-syarat graduasi seperti publication dll.

Untuk siapa? Sesuai untuk mereka yang berminat utk menyertai akademia, menjadi penyelidik atau keperluan jawatan.

PhD Industri

Pengajian sepenuh masa ini boleh dijalankan di dalam syarikat dimana calon bekerja. Kelebihan PhD industri adalah sumbangan signifikan berdasarkan keperluan syarikat dan juga topik PhD boleh dipilih berdasarkan bidang kerja yang sedang diusahakan oleh calon. No redundancies on current job, but yet supplementing significant contribution.

Tempoh pengajian : minimum 5 semester – setelah memenuhi kepada syarat-syarat graduasi seperti publication dll.

Untuk siapa? Sesuai untuk pekerja di industri yang perlu untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *