Teaching Observation


Di universiti biasanya akan terlihat empat jenis golongan – sama ada researcher berjaya, seorang pengajar yang bersemangat, perunding projek yang sangat aktif di luar, dan juga the people managers – higher authority!
Untuk seorang pensyarah baru, pilihan agak terhad dan menumpu kepada menjadi pengajar yang cemerlang. Sistem pentadbiran berpendapat bahawa pensyarah-pensyarah baru ini perlu mencintai kedudukannya sebagai tenaga pengajar terlebih dahulu, dan setelah sah jawatan, barulah pilihan ini wajar dipelbagaikan. Saya secara peribadi, bersetuju dengan hal ini berikutan kedudukan sebagai seorang researcher, kami tidak didedahkan dengan teknik-teknik mengajar, malahan agak minimal interaksi dengan manusia dari golongan lain, melainkan semasa kutipan data. Its like “humanizing the researcher”. Seperti konsep, sirih pulang ke gagang, back to the basic —- human interaction 101. Dan memang benar, handling humans, from different generation dan tahap kematangan itu, tidaklah mudah!

Pada masa kini, proses pemindahan ilmu di universiti bukanlah sekadar seorang figura berdiri dihadapan dan bercakap tanpa mengisahkan feedback berpuluh pelajar di dalam satu ruang berkonsep theater. Sejujurnya konsep itu sudah hampir pupus! Pensyarah dianjurkan untuk mengetengahkan pelajar (student-centred) dalam proses memperolehi ilmu, manakala pengajar cuma bertindak sebagai seorang instructor yang menyediakan kerangka untuk memudahkan proses pelajar memperoleh ilmu pengetahuan.
Nampak mudah seperti, “ohh ok lah tu, tak banyak kerja”. Dari segi execution, mungkin peranan pelajar nampak lebih dominant, tetapi percayalah, proses teaching preparation dan pengolahan aktiviti “active learning” tersebut lebih rumit dan memerlukan banyak pengalaman. Learning process for new lecturers!
Rentetan hal ini, satu assessment yang dipanggil “Teaching Observation (TO)” diwajibkan kepada semua pensyarah baru sebagai salah satu syarat sah jawatan. Disini, suka untuk saya kongsikan beberapa perkara yang dapat dikutip semasa sesi TO saya.

Secara asasnya, 2 perkara utama yang akan diperhatikan semasa TO;

I. Perancangan – bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran dirancang. Pembahagian utk bahagian pengenalan, delivery isi pengajaran dan kemudian aktiviti pembelajaran pelajar. Dan akhir sekali adalah bahagian feedback daripada hasil aktiviti pelajar dan closing remarks. Tips : includekan elemen NALI didalam aktiviti pelajar.

II. Delivery –
⦁ penyampaian rancangan, ketepatan masa dan kepatuhan kepada perancangan.
⦁ susunatur kandungan slide
⦁ lontaran vokal dan body language
⦁ komunikasi dan penglibatan pelajar
⦁ personaliti serta pergaulan dengan pelajar

Dan dihujung sesi, panel TO akan memberikan komen satu persatu tentang perkara-perkara diatas untuk diaplikasi di dalam P&P pada masa hadapan.

Akhir kata, just be confident in your own skin!

Saya bersama-sama dengan panel dan juga para pelajar SBEU4833