This image has an empty alt attribute; its file name is image-3.png
ideabank.utm.my

Bank Idea UTM mula diperkenalkan dan dilaksanakan di UTM pada tahun 2010. Objektif penubuhan Bank Idea ini adalah bagi memberi ruang dan peluang kepada staf atau mahasiswa menyalurkan idea, cadangan dan pandangan di platform yang betul bagi membantu UTM lebih maju, komprehensif dan memenuhi keperluan pelanggan.

Sebarang idea dan cadangan yang diterima akan disemak oleh sebuah jawatankuasa Bank Idea yang dilantik mewakili Pengurusan Universiti, yang terdiri dari wakil jabatan-jabatan utama Universiti.

Bank idea ini boleh di layari melalui : ideabank.utm.my. Kini platform sumbangan idea ini diperluaskan lagi dengan tambahan menu di UTMSmart (aplikasi smartfon) iaitu ICare dengan pautan borang bank idea.