{"id":1171,"date":"2017-02-13T02:15:54","date_gmt":"2017-02-13T02:15:54","guid":{"rendered":"http:\/\/people.utm.my\/szyurina\/?p=1171"},"modified":"2017-02-13T02:15:54","modified_gmt":"2017-02-13T02:15:54","slug":"mesej-integriti-anda-dimarahi-oleh-bos-cuba-tanganinya-dengan-cara-ini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/people.utm.my\/szyurina\/2017\/02\/13\/mesej-integriti-anda-dimarahi-oleh-bos-cuba-tanganinya-dengan-cara-ini\/","title":{"rendered":"Mesej Integriti: Anda Dimarahi oleh Bos, Cuba Tanganinya Dengan Cara Ini"},"content":{"rendered":"<p id=\"yui_3_16_0_ym19_1_1486951719302_8420\" style=\"text-align: justify\"><span id=\"yui_3_16_0_ym19_1_1486951719302_8419\" style=\"font-family: georgia, serif\">Pernah tak anda semua menghadapi perkara sebegini? Masuk sahaja ke pejabat pasti ada sahaja keadaan yang mana kita dimarahi oleh bos, sudahlah dimarahi, lebih teruk ia dilakukan di hadapan teman sepejabat. Ayuh kita pelajari bagaimana caranya menangani situasi sebegini. Sebagai seorang pekerja anda bukan hanya perlu tahu tanggungjawab, tetapi juga hak anda sebagai seorang pekerja untuk berada di dalam persekitaran yang sihat.<\/span><\/p>\n<p id=\"yui_3_16_0_ym19_1_1486951719302_8425\" style=\"text-align: justify\"><strong id=\"yui_3_16_0_ym19_1_1486951719302_8424\"><span id=\"yui_3_16_0_ym19_1_1486951719302_8428\" style=\"font-family: georgia, serif\"><span id=\"yui_3_16_0_ym19_1_1486951719302_8427\" style=\"color: #000000\">1.<\/span><span id=\"yui_3_16_0_ym19_1_1486951719302_8433\" style=\"color: #0b5394\"> TANYA KEPADA DIRI APA SALAH ANDA<\/span><\/span><\/strong><\/p>\n<p id=\"yui_3_16_0_ym19_1_1486951719302_8431\" style=\"text-align: justify\"><span id=\"yui_3_16_0_ym19_1_1486951719302_8430\" style=\"font-family: georgia, serif\">Seorang bos yang rasional tidak akan memarahi anda tanpa sebab, oleh itu anda harus bertanya apa yang tidak kena. Jika ada kesalahan yang dilakukan oleh anda, maka terima sahaja dan jangan pernah melawan untuk menegakkan benang yang basah. Perbetulkan kesilapan sebaik mungkin, dengan cara ini anda akan menjadi seorang pekerja yang lebih cermat dan teliti. Untuk menjadi yang terbaik anda harus belajar dari kesalahan.<\/span><\/p>\n<p id=\"yui_3_16_0_ym19_1_1486951719302_8482\" style=\"text-align: justify\"><strong><span style=\"font-family: georgia, serif\"><span style=\"color: #000000\">2. <\/span><span style=\"color: #0b5394\">PERTAHANKAN DIRI<\/span><\/span><\/strong><\/p>\n<p id=\"yui_3_16_0_ym19_1_1486951719302_8485\" style=\"text-align: justify\"><span id=\"yui_3_16_0_ym19_1_1486951719302_8484\" style=\"font-family: georgia, serif\">Jika anda tidak melakukan sebarang kesalahan dan sebaliknya kesalahan itu berpunca dari arahan bos yang tidak jelas atau salah pihak lain, cuba terangkan secara berhemah tanpa meninggi diri. Jangan cuba menampakkan keburukan bos anda lebih-lebih lagi di hadapan rakan sekerja kerana dia juga memiliki maruah sebagai seorang ketua. Sebaliknya berbincang secara baik dan terangkan dengan terperinci. Seorang bos yang berkualiti dan bertanggung jawab pasti akan mengaku kesalahannya dan menyelesaikan masalah yang berlaku secara profesional.\u00a0<\/span><\/p>\n<p id=\"yui_3_16_0_ym19_1_1486951719302_8489\" style=\"text-align: justify\"><strong><span style=\"font-family: georgia, serif\"><span style=\"color: #000000\">3. <\/span><span style=\"color: #0b5394\">FAHAM CARA KERJA BOS<\/span><\/span><\/strong><\/p>\n<p id=\"yui_3_16_0_ym19_1_1486951719302_8492\" style=\"text-align: justify\"><span id=\"yui_3_16_0_ym19_1_1486951719302_8491\" style=\"font-family: georgia, serif\">Sebagai seorang pekerja, kita harus bergerak mengikut acuan dan juga cara bos. Maka anda harus faham dengan segala yang disukai dan tidak disukai, jangan hanya buat kerja mengikut cara sendiri tanpa mengambil pandangan bos terlebih dahulu. Harus diingatkan sejauh mana anda rasa diri anda bagus, anda tetap ada bos yang harus dirujuk. Jika anda faham dengan cara kerja bos, sekurang-kurangnya anda tidak akan membuatkan mereka marah jika sesuatu kesilapan berlaku kerana semuanya sudah mengikut arahan yang ditetapkan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify\"><strong><span style=\"font-family: georgia, serif\"><span style=\"color: #000000\">4. <\/span><span style=\"color: #0b5394\">KONGSI PANDANGAN POSITIF<\/span><\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: georgia, serif\">Jangan pernah takut untuk meyumbang secara positif dalam kerja. Sumbangan positif ini adalah berfikir secara kritis dan kreatif. Jika satu-satu arahan kerja ataupun idea yang diberi oleh bos kurang memuaskan, anda boleh cuba bercakap dengan baik tentang pandangan anda. Siapa tahu jika ia masuk akal, bos akan setuju dengan apa yang anda katakan. Percayalah, tidak semua bos yang suka marah bersikap tidak rasional, mungkin mereka hanya mahu anda lebih bersikap bebas dan tidak terlalu bersikap \u2018menumpang\u2019 di dalam pasukan. Mana tahu jika mereka sudah nampak kebolehan anda, maka mereka tidak lagi terlalu mencari kesalahan atau mengongkong cara kerja anda sebaliknya memberi kepercayaan yang tinggi kepada anda.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify\"><strong><span style=\"font-family: georgia, serif\"><span style=\"color: #000000\">5.<\/span><span style=\"color: #0b5394\">HADKAN PERGAULAN<\/span><\/span><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: georgia, serif\">Jangan \u2018berumah tangga\u2019 bersama bos anda. Maksud di sini adalah wujudkan sedikit had dalam pergaulan anda dengan bos. Elakkan bertanya atau menyibuk soal peribadi bos anda dan juga menceritakan perkara peribadi anda kepada bos, ini bagi mengekalkan tahap profesionalisme. Lagipun jika anda terlalu rapat dengan bos, sesekali jika dimarahi pasti akan \u2018makan hati\u2019 dan mula terasa seperti diperlakukan secara tidak adil. Namun bagi yang suka menjadi \u2018kaki kipas\u2019, terpulang kepada anda. Tetapi harus diingatkan jika naik pangkat bukan kerana kualiti, lambat laun pihak atasan akan nampak kekurangan dan kelemahan anda yang ketara. Maka bersiap sedialah untuk ucapkan selamat tinggal kerja.<\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify\"><strong><span style=\"font-family: georgia, serif\"><span style=\"color: #000000\">6.<\/span><span style=\"color: #0b5394\">ADUAN KE BAHAGIAN SUMBER MANUSIA<\/span><\/span><\/strong><\/p>\n<p id=\"yui_3_16_0_ym19_1_1486951719302_8525\" style=\"text-align: justify\"><span id=\"yui_3_16_0_ym19_1_1486951719302_8524\" style=\"font-family: georgia, serif\">Jika anda sudah sedaya upaya menjadi pekerja yang baik namun tetap sahaja dimaki dan dimarahi, maka keluarkan diri anda dari situasi kerja yang tidak sihat ini. Adu perkara ini ke bahagian sumber manusia, namun harus diingatkan jangan pernah menipu tentang apa yang terjadi kerana ia akan memberi kesan negatif kepada anda. Terangkan secara profesional dan mohon untuk dipindahkan ke jabatan yang lain. Jika tidak ditukar jabatan sekalipun sekurang-kurangnya jabatan sumber manusia tahu masalah yang terjadi. Jika anda terus diam dan membiarkan diri dibuli, ini bukan perkara bijak. Ingat sesebuah syarikat atau institusi tidak boleh memberhentikan anda sewenang-wenangnya tanpa sebab yang munasabah atau pampasan.<\/span><\/p>\n<p id=\"yui_3_16_0_ym19_1_1486951719302_8528\" style=\"text-align: justify\"><span id=\"yui_3_16_0_ym19_1_1486951719302_8527\" style=\"font-family: georgia, serif\">Semoga anda membaca artikel ini dengan teliti dan berusaha menjadi pekerja terbaik dalam suasana kerja yang positif. Di zaman ekonomi yang tidak menentu dan banyak syarikat\/institusi terpaksa gulung tikar, hargai kerjaya anda seadanya.<\/span><\/p>\n<p id=\"yui_3_16_0_ym19_1_1486951719302_8530\" style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: georgia, serif\"><i>Bersumber: nona.my<\/i><\/span><\/p>\n<p id=\"yui_3_16_0_ym19_1_1486951719302_8522\" style=\"text-align: justify\"><span id=\"yui_3_16_0_ym19_1_1486951719302_8534\" style=\"font-family: georgia, serif\"><span style=\"color: #990000\"><b>MORAL<\/b><\/span><span id=\"yui_3_16_0_ym19_1_1486951719302_8533\" style=\"color: #000000\"> : <b id=\"yui_3_16_0_ym19_1_1486951719302_8532\">Ambil iktibar daripada si ketam, berusaha mengajar anaknya \u00a0berjalan betul.\u00a0<\/b><\/span><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pernah tak anda semua menghadapi perkara sebegini? Masuk sahaja ke pejabat pasti ada sahaja keadaan yang mana kita dimarahi oleh bos, sudahlah dimarahi, lebih teruk ia dilakukan di hadapan teman sepejabat. Ayuh kita pelajari bagaimana caranya menangani situasi sebegini. Sebagai seorang pekerja anda bukan hanya perlu tahu tanggungjawab, tetapi juga hak anda sebagai seorang pekerja [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":14128,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"class_list":["post-1171","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-integrity-message","entry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/szyurina\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1171","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/szyurina\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/szyurina\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/szyurina\/wp-json\/wp\/v2\/users\/14128"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/szyurina\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1171"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/people.utm.my\/szyurina\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1171\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/people.utm.my\/szyurina\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1171"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/szyurina\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1171"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/people.utm.my\/szyurina\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1171"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}