Rasulullah S.A.W bertanye Iblis menjawab
Sabda Rasulullah s.a.w : “Wahai Iblis , siapakah yang akan menjadi teman karibmu?”
Berkata Iblis : “Ya nabi Allah, teman atau kawanku yang paling dekat denganku ialah orang2 yang meminum arak atau yang memabukkan ,penghisab candu dan ganja yang sama dengannya.Kerana jelas orang ini semua adalah membawa kepada pepecahan dan perkelaian dan cerai-beraiyang mana ianya sangat sesuai dengan tugasku”
Soal arak adalah tersangat jelas larangannya dari Tuhan sekalian alam,nabi s.a.w. pun banyak menyebutkan didalam hadis memberi peringatan kepada umatnya supaya menjauhi arak.
Firman Allah s.w.t
“Hai orang-orang yg beriman sesungguhnya arak,judi,berhala,dan undi-undian itu semuanya keji datangnya dari syaitan.Maka hendaklah kamu tinggalkan semuanya,mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan”(Surah Al-Maidah ayat 90)
“Tiap sesuatu yang memabukkan maka itu HARAM (khamer)
(Riwayat Iman Bukhari,Muslim,Abu Daud dan Annasai r.a)
“Tidak akan berzina seseorang penzina diwaktu dia berzina jika dia beriman dan tidak akan meminum khamer ketika meminumnya jika dia beriman. Dan tidak akan mencuri seorang pencuri diwaktu dia mencuri jika dia beriman”
(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim r.a dari Abu Hurairah r.a)
“Siapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian,maka janganlah minum khamer,dan siapa yang percaya kepada Allah dan hari kemudian maka janganlah duduk diatas hidangan yang dihidangkan khamer(bersama-sama dalam satu hidangan yang ada arak)
(Hadis riwayat At-Tabrani r.a)
“Siapa yang minum Khamer seteguk maka Allah tidak akan menerima amal fardu dan sunatnya selama 3 hari,dan barang siapa yang minum khamer segelas maka Allah tidak akan menerima sembahyangnya selama 40 hari.Maka barang siapa yang terus menerus minum khamer,Allah s.w.t akan memberinya minuman NAHRUL KHABAAL.Ketika ditanya: Ya Rasulullah apakah dia Nahrul Khabaal itu? Jawab beliau : Darah bercampur nanah orang ahli neraka“.
(Hadis riwayat Imam Al Tabrani r.a dari Ibnu Abass r.a)
Ada sesetengah orang bodoh yang mengaggap bahawa arak @ khamer itu boleh dijadikan ubat kepada ubuh manusia,ketahuilah dibawah ini kami kemukakan beberapa hadis berkenaan dengan anggapan ubat dari arak @ khamer itu,supaya ianya menjadi jelas kepada sesiapa yang mahu beriman kepada Allah dan Rasulnya.
“Sesungguhnya Allah s.w.t menurunkan penyakit dan ubat,dan dia menjadikan bagi tiap-tiap penyakit itu ada ubatnya,maka berubatlah kamu semua.Tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram”.
(Hadis riwayat Imam Abu Daud r.a)
“Sesungguhnya arak @ khamer itu bukanlah ubat,tetapi dia sebenarnya ialah penyakit”
(Hadis riwayat Imam Muslim,Ahmad,Abu Daud dan At Turmizi r.a)
“Sesungguhnya Allah tidak menjadikan ubat yang menyembuhkan penyakit kamu dengan bahan yang diharamkan kepada kamu” (Hadith Riwayat Imam Bukhari r.a)
Peminum arak adalah orang yang paling jelek dipandang di mata umum dan tidak sesuai bagi manusia yang sempurna akalnya. Mereka tidak mempunyai akal yang waras sahaja yang sanggup memperhambakan dirinya kepada iblis dan syaitan.
Antara yang akan terjadi ke atas peminum arak:
1. Apabila seseorang dari kamu meminum arak maka akan jadilah ia seperti seorang gila dan tidak cukup akal, dia akan ditertawakan dan dipermainkan oleh kanak-kanak dan orang yang minum arak adalah orang yang sangat kotor dan jijik sekali.
2. Peminum arak menyebabkan hilang akal yang waras dan memusnahkan kekayaan bagi diri seseorang itu berpandukan kepada hadith Rasulullah S.A.W.
3. Minum arak akan menyebabkan perselisihan faham dan pergaduhan sesama saudara dan rakan-rakan. Sesuai dengan firman Allah yang bermaksud
“Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian antara sesama kamu bersaudara atau berteman dan sahabat lantaran kamu minum arak dan berjudi.
Firman Allah yang bermaksud
“Dan menghalangi kamu daripada mengingatkan Allah dan menghalangi kamu dari sembahyang”
(Surah Al-Maidah ayat 91)
4. Dengan meminum khamer kemungkinan besar akan terjadi zina antara suami isteri yang sah bilamana dia melafazkan talak di dalam keadaan mabuk dan dia sendiri tidak sendiri akan dirinya apa yang dibuat.
5. Meminum khamer itu adalah jalan utama untuk melakukan kejahatan dan kunci pembuka segala maksiat dan segala jenis kejahatan yang dilarang oleh Allah S.A.w.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud
“Jauhilah kamu akan arak kerana dia adalah jalan bagi segala kejahatan”
6. Nabi S.A.W menyebut ada 10 laknat yang akan diterima oleh orang-orang yang melibatkan dirinya dengan arak. Antaranya:
1. Orang yang memerahnya (membuat arak)
2. Orang yang menolong memerah khamer itu
3. Orang yang meminum arak atau khamer
4. Orang yang membawa khamer
5. Orang yang menolong membawa arak atau khamer itu
6. Orang yang memberi atau menyajikan arak itu kepada orang lain (sedangkan dia tidak minum)
7. Orang yang menjualnya
8. Orang yang membeli arak (walaupun untuk orang lain)
9. Orang minta dibelikan arak
10. Orang mengambil upah dari kerja yang melibatkan diri dengan arak
Sepuluh jenis manusia yang disebut di atas adalah dipetik dari hadis Rasulullah S.A.W, semua mereka akan bertanggungjawab dan dilaknat oleh Allah S.W.T. Mereka yang kekal minum arak padanya ada satu bahagian, berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud
“Apabila matinya seseorang yang mengekali minum arak samalah seperti matinya seorang penyembah berhala”. Wall’yazubillah Minzalik.
firman Allah yang bermaksud
“Orang yang mengekali minum arak,bilamana dia mati,matinya itu seperti mana penyembah berhala”.
Empat jenis orang yang tidak akan di masukkan kedalam syurga dan tidak akan merasai :-
1.Peminum arak
2.Pemakan riba
3.Memakan harta anak yatim dengan tiada hak.
4.Durhaka kepada kedua ibu bapa
(Hadis riwayat Iman Al Hakim r.a)
Speak Your Mind