ROH MENUJU KE 7 TEMPAT.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para Ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyiin.

4 Roh para Syuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yg berdosa akan tergantung di udara,tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam Neraka Sijjin.Mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari kiamat.

 

SABDA RASULULLAH SAW:” 3 kelompok manusia yg akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:

1. Orang yg mati syahid.

2. Orang-orang yg mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.

3. Orang yang berpuasa di Hari Arafah.”

RAHSIA SEMBAHYANG.

(1) NIAT SEMBAHYANG: Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

(2) BERDIRI BETUL: Fadhilatnya bila mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

(3) TAKBIR-RATUL IHRAM: Fadhilatnya sebagai pelta yang menerangi kita dalam kubur.

(4) FATIHAH: Fadhilatnya sebagai pakaian yang indah2 di dalam kubur.

(5) RUKU’: Sebagai tikar kita di dalam kubur.

(6) I’TIDAL: Akan memberi minuman air dari telaga Al-Kauthar ketika di dalam kubur.

(7) SUJUD: Memagar kita ketika menyeberangi titian Sirotol Mustaqim.

(8) DUDUK ANTARA DUA SUJUD:Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

(9) DUDUK ANTARA DUA SUJUD (akhir): Menjadi kenderaan ketika kita di padang masyar.

(10) TAHHIYAT AKHIR: Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Mungkar dan Nangkir di dalam kubur.

(11) SELAWAT NABI: Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

(12) SALAM: Memelihara kita di dalam kubur.

(13) TERTIB:Akan pertemuan kita dengan Allah SWT.

WARNA API NERAKA.

Imam Malik ( Rahimahullah ) telah meriwayatkan dalam sebuah hadis sahih dalam kitab ” Muwatta’a”nya yg mana membolehkan kita ketahui warna api neraka iaitu Hitam…lebih hitam daripada warna minyak Tar.

Sabda Baginda SAW:

” Adakah kamu fikir warnanya (api neraka ) merah seperti api yang ada pada kamu ini? Sesungguhnya warnanya lebih hitam dari minyak tar.”

Imam At-Tarmizi telah meriwayatkan dalam kitab “Jani” daripada Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW Bersabda:

” Dinyalakan api seribu tahun sehingga ia menjadi merah kemudian dinyalakan 1000 tahun jadi putih kemudian dinyalakan 1000 tahun lagi sehingga ia menjadi hitam.Maka sekarang warnanya hitam seperti malam yang gelap gelita.”

 

BERAPA DALAMKAH NERAKA JAHANAM ITU?

Jahanam iaitu nama bagi satu daripada tingkatan2 neraka.

Kita perturunkan disini hadis Rasulullah SAW:

” Kalau sebutir batu besar dicampakkan dalam birai neraka,maka tenggelam ia dalam neraka selama 70 tahun,tidak juga ia akan sampai ke dasarnya.”

Dalam sahih Muslim yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra katanya:

” Sedang kami duduk bersama2 Rasulullah SAW tiba-tiba terdengar suatu bunyi seperti bunyi batu yang jatuh.Rasulullah SAW bersabda: ” Allah dan Rasul-Nya lah yang lebih mengetahui.” …Ujar Baginda:” Itulah bunyi sebuah batu yg dicampakkan kedalam neraka sejak 70 musim terus menjunam ke dalam dan baharu sekarang sampai ke dasarnya.”

 

Saidina Umar Al-Khattab pernah menyebut dalam kutbahnya:

” Perbanyakkanlah kamu mengingati neraka kerana panasnya amat bersangatan,dasarnya amat dalam dan penokol-penokolnya daripada besi.”

 

DARJAH KEHANGATAN (SUHU) DINERAKA.

Suhu neraka Jahanam menghancur luluhkan tiap2 yang dicampakkan kedalamnya dan kemarakkannya sentiasa bertambah dengan berterusan sebagaimana Firman Allah SWT dalam Surah Al-Israk ayat 97-99:

” Tempat kediaman mereka adalah neraka Jahanam.Tiap2 kali nyalaan api jahanam itu malap,kami tambah lagi bagi mereka akan kemarakkannya.Itulah balasan bagi mereka kerana sesungguhnya mereka kafir kepada ayat2 Kami dan kerana mereka berkata:” Apakah bila kami telah menjadi tulang belulang dan benda2 yang hancur,kami benar2 akan dibangkitkan kembali sebagai makhluk baru?”, Dan apakah mereka tidak memperhatikan bahawasanya Allah yg menciptakan langit dan bumi adalah berkuasa pula menciptakan yg serupa dengan mereka dan telah menetapkan waktu yg tertentu bagi mereka,yang tidak ada keraguan padanya?”.

Dalam sebuah hadis yg diriwayatkan Muslim dan Bukhari….Rasulullah Bersabda:

” Api kamu ini yg dinyalakan oleh anak Adam (di dunia ini) adalah merupakan sebahagian daripada 70 bahagian (1/70) dari darjah kepanasan api neraka. Ujar para sahabat: Sekiranya ia benar2 memadai.Ya Rasulullah; maka sesungguhnya ia ditambah lagi 69 bahagian semuanya sama dengan kepanasannya.

3 WAKTU DILARANG MANDI :

A. 30 Minit Setelah Solat Asar.

B. Setelah Maghrib.

C. Setelah Isya’ sehingga pukul 12 malam.

Penjelasan :

A. 30 minit setelah solat asar itu adalah waktu dimana darah didalam diri kita ketika itu sedang panas, jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi lelah dan penat untuk melakukan perkerjaan.

B. Jantung kita setelah maghrib sudah mulai lemah untuk melakukan perkerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahwa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.

C. Setelah solat isya, ini saatnya jantung kita berhenti dan melakukan istirahat, jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air.Sebaiknya mandi setelah 1 jam dari jam 12 malam. Antara pukul 2 – 3 pagi, itu akan lebih memberikan energy kepada badan seperti mana bateri yang telah lemah di cas semula.

Dikatakan :-

۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was. Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana,

Dikatakan juga:-۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je… ۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga. ۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah. ۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang. ۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke…. Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke. ۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. ۞ Syaitan kata, “JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG”