TAHNIAH diucapkan kepada saudara Syed Salleh bin Syed Sulaiman (ALUMNI UTM, Sarjana Muda Pengurusan Pemasaran, Fakulti Pengurusan) yang telah menjuarai program realiti TV3 ‘The Entrepreneur’ bagi musim pertama membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 15,000, dan akan mewakili Malaysia ke ICSB Bootcamp di New Jersey pada Jun 2016. Beliau yang telah mengharumkan nama UTM menerusi kemenangan ini telah dibimbing menerusi beberapa siri program keusahawanan anjuran Pusat Keusahawanan Technology UTM (UTMTEC) yang antaranya ialah Wealth Creation Lab (Level 1 & 2) dan Mobile Application Entrepreneur (Mobile Appreneur). Syabas!

image