Archives for January 7, 2018

Aliff Channel

Image may contain: text

FB# ALIFF CHANNEL

MADRASAH TAHFIZ AL YAMANI

PER: MEMOHON SUMBANGAN RM10 SAHAJA SETIAP BULAN SECARA BERTERUSAN ATAU RM120 SETAHUN BAGI TAHUN 2017/2018 ATAU SEPANJANG HAYAT UNTUK KEPERLUAN BULANAN GOLONGAN ASNAF ZAKAT

Dengan segala hormatnya saya ingin merujuk perkara di atas,

  1. Berhubung dengan perkara di atas, Madrasah ini inginmemohon dari3,500 orang umat Islam untuk membantu RM 10 sahaja secara berterusan pada setiap bulan untuk menampung kos RM35 ribu sebulan.

  1. Dimaklumkan bahawa Madrasah ini dengan rasminya telahberoperasi sejak tahun 1994 dan sekarang sudah berkembang sehingga seramai 60 orang pelajar lelaki, 30 orang pelajar perempuan dan 7 orang tenaga pengajar. 12 buah unit flat yang disewa untuk kediaman dan tempat pengajian pelajar lelaki berada di Blok A, Flat PKNS, Kg. Baru. Manakala pelajar perempuan ditempatkan di sebuah rumah teres di Jalan Datuk Abdullah Yasin, Kg. Baru.

  1. Pengajian yang ditawarkan di Madrasah ialah pengajian tahfiz (hafalan) Al-Quran dan pengajian kitab. Sejak bermulanya Madrasah sehingga sekarang, tidak ada sebarang yuran dikenakan kepada setiap pelajaradalah bertujuan ikhlas kerana Allah swt. Kesemua tempat penginapan dan pengajian (RM10,000), makan minum pelajar (RM5 x 100 x 30 hari RM15,000), elaun tenaga pengajar (RM1,000 x 7 RM7,000), dan pengurusan Madrasah adalahsentiasa diharapkan daripada sumbangan masyarakat umat Islam yang berkeprihatinan. Kos keseluruhan perbelanjaan Madrasah adalah RM35,000.00 untuk setiap bulan. Oleh itu, Madrasah memohon sokongan dari orang ramai untuk menjayakan Madrasah ini kerana Allah swt.

  1. Pihak Madrasah mengalu-alukan sumbanganInfaq, Zakat, Fidyah atau Dermadaripada kaum muslimin dan muslimat, supaya dapat bersama-sama menegakkan syiar islam dengan menginfaqkan sejumlah harta untuk tujuan diatas mengikut kemampuan demi mencari redha Ilahi.

  1. Oleh itu sebarang sumbangan ikhlas muslimin dan muslimat bolehlah dimasukkan terus ke dalam akaun

MAYBANK ISLAMIC BERHAD diatas nama

“MADRASAH TAHFIZ AL YAMANI”

MAYBANK NO. AKAUN 5640 9851 0138

  1. Akhir sekali jutaan terima kasih dan moga-moga Allah S.W.T membalas jasa baik muslimin dan muslimat dan menambahkan rezeki yang berkat diatas keprihatinan muslimin dan muslimat terhadap mereka yang memerlukan dan pihak kami amat menghargai sumbangan tersebut. Mohon bantu sebarkan.

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,

 

Abdurrahman

 

Mohd  Abdurrahman Bin Syed Mohd Fadzli

(Bendahari Al Yamani)

Sebut Harga Pembersihan Pusat Technovation Part UTM

Tuan/ Puan,
Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC) membuka peluang kepada syarikat yang berminat untuk mendapatkan Dokumen Sebut Harga bagi perolehan berikut:
a) Kerja – Kerja Pembersihan dan Penyelenggaraan Lanskap di Pusat Industri Technovation Park UTM untuk tempoh Sebelas (11) Bulan 2018;
b) Kerja-kerja Pembersihan Pejabat dan Pencucian Bangunan di Pusat industri Technovation Park UTM untuk tempoh sebelas (11) bulan 2018.
Dokumen panggilan sebut harga tersebut boleh didapati seperti berikut:
Tempoh                      :    1 Januari 2018 sehingga pukul 12.00 tengahari 15 Januari 2018
Tempat                       :    Pejabat Inovasi dan Pengkomersilan (!CC)
                                         Pusat Industri, Technovation Park 
                                        Universiti Teknologi Malaysia
                                        81310, Johor Bahru
                                         Johor
Tarikh Lawat Tapak  :   10 Januari 2018 
Dilampirkan bersama Iklan Panggilan Sebut Harga untuk makluman dan rujukan.
Shahizan Binti Sarmijan
Penolong Pendaftar / Assistant Registrar
 

————–

Regards,