Archives for May 12, 2018

Taklimat GAP YEAR

No plastic, yes metal

EPPP 2018

10 PERSEDIAAN UNTUK MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

*10 PERSEDIAAN UNTUK MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN*

Alhamdulillah, bulan Ramadhan bakal menjelang tiba tidak lagi. Satu bulan yang memang dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam di seluruh dunia. Bagaimanakah persediaan kita bagi mengharungi Bulan Ramadhan pada tahun ini?

Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Oleh itu kedatangannya memang ditunggu kerana bulan ini menjanjikan peluang yang besar untuk seluruh umat Islam meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah سبحانه وتعالى .

1) Berdoalah agar Allah سبحانه وتعالى. Memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadhan dalam keadaan sihat wal afiat. Dengan keadaan sihat, kita dapat melaksanakan ibadah secara maksimum dan terbaik pada bulan itu, sama ada puasa, solat, tilawah Al-Quran dan zikir.

Para salafussoleh selalu memohon kepada Allah سبحانه وتعالى agar dikurniakan bulan Ramadhan dan berdoa dengan penuh pengharapan agar Allah سبحانه وتعالى menerima amal mereka.

Seboleh-bolehnya berdoalah sebagaimana doa yang diajar oleh Rasulullah SAW seperti dalam hadith daripada Abdullah Bin Umar berikut:

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالَأمْنِ وَالإِيمَانِ، وَالسَّلَامَةِ وَالِإسْلَامِ، وَالتَّوْفِيقِِ لِمَا تُحِبُّ رَبَّنَا وَتَرْضَى، رَبُّنَا وَرَبُّكَ اللَّهُ

(Allaahu Akbar, Allaahumma ahillahu ‘alayna bil amni wal iimaan, wassalaamati wal-Islaam, wattawfeeqi limaa tuhibbu Rabbanaa wa tardhaa, Rabbunaa wa Rabbukallaahu.)

“Allah Maha Besar, Ya Allah, terbitkanlah ke atas kami bulan sabit dengan membawa keamanan dan keimanan, kesejahteraan dan Islam, serta taufik untuk melakukan segala yang Engkau redha. Tuhanku dan Tuhanmu ialah Allah.”
(HR. At-Tirmidzi & Ad-Darimi)

2) Bersyukurlah dan pujian kepada Allah سبحانه وتعالى atas kurniaan Ramadhan yang kembali diberikan kepada kita. Al-Imam Nawawi dalam kitab Al-Azkarnya berkata, “Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.”

Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah سبحانه وتعالى kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadhan telah tiba dan kita dalam keadaan sihat wal afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.

3) Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadhan. Rasulullah ﷺ selalu memberikan khabar gembira kepada para sahabat setiap kali datangnya bulan Ramadhan,

“Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Allah telah mewajibkan kepada kamu untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.”
(HR. Ahmad)

Para Salafussoleh sangat memperhatikan bulan Ramadhan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadhan karena bulan itu bulan penuh kebaikan dan turunnya rahmat.

4) Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin daripada bulan Ramadhan. Tempoh masa bulan Ramadhan sangat singkat. Kerana itu, isilah setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang dapat membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah سبحانه وتعالى.

5) Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan. Sesiapa yang jujur kepada Allah سبحانه وتعالى, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahkannya melaksanakan perkara-perkara kebaikan. Firman Allah سبحانه وتعالى :

فَإِذَا عَزَمَ الْأَمْرُ فَلَوْ صَدَقُوا اللَّـهَ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمْ {٢١}

“Maka kalaulah mereka bersifat jujur kepada Allah (dengan mematuhi perintahNya), tentulah yang demikian itu amat baik bagi mereka.”
(Surah Muhammad 47 : 21).

6) Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadhan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan berlandaskan ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadhan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah سبحانه وتعالى. Firman Allah سبحانه وتعالى :

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

“Maka bertanyalah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tidak mengetahui.”
(Surah Al-Anbiya’ 21 : 7)

7) Sambut Ramadhan dengan tekad meninggalkan segala dosa dan tabiat buruk. Bertaubatlah secara benar daripada segala dosa dan kesalahan. Ramadhan adalah bulan taubat. Firman Allah سبحانه وتعالى :

وَتُوبُوا إِلَى اللَّـهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
(Surah An-Nur 24 : 31)

8) Mempersiapkan mental, fizikal dan rohani kita dengan bacaan yang membantu proses penyucian jiwa atau nafsu kita (tazkiyatun-nafs). Hadirilah majlis ilmu yang membincangkan tentang keutamaan, hukum dan hikmah puasa. Sehingga secara mental kita bersedia untuk melaksanakan ketaatan di sepanjang bulan Ramadhan.

9) Persiapkan diri untuk berdakwah di bulan Ramadhan dengan membuat catatan ringkas merangkumi puasa dan tarawih untuk edaran umum serta memberikan buku kecil atau lembaran yang berisi nasihat dan keutamaan puasa.

10) Sambutlah Ramadhan dengan membuka lembaran baru yang bersih kepada Allah سبحانه وتعالى, dengan taubatan nasuha yakni taubat yang sebenar-benarnya. Hayati perjuangan dan mentaati Rasulullah ﷺ, dengan meneruskan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya. Mempereratkan hubungan silaturahim, berpesan-pesan tentang kebaikan dan amal kepada seluruh ahli keluarga, ibu bapa, isteri, anak-anak dan saudara-mara. Berbakti kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Kerana manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

(Dipetik dan diubahsuai daripada blog shafiqolbu.wordpress.com)

CEO TV3 DAN RTM DI PECAT

Bilik Berita TV3 dan RTM telah digubal serta-merta atas arahan Tun Dr Mahathir Mohammad. Penggubalan diambilkira kerana banyaknya tohmahan dan berita-berita palsu terhadap Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Setiap arahan Dato’ Rahman Dahlan dan Dato’ Seri Salleh Said Keruak telah ditarik balik berkuat-kuasa serta-merta. Pengerusi, CEO TV3 dan Pengarah Penyiaran RTM ditamatkan perkhidmatannya berkuatkuasa semalam.

Orang pertama yang dapat surat tunjuk sebab ialah Tan Sri Ismee Bin Ismail, Pengarah dilantik Media Prima dan Pengarah Kanan Tabung Haji.

Berita ini juga telah menjadi tular di media sosial dan menjadi bualan netizen, ramai yang menyokong tindakan ini.

Staff Bilik Berita TV3 & RTM telah di gubal / Shuffle secara besar besar besaran setelah Najib tidak lagi berkuasa..

Ramai yg di tukarkan terutama Manager level ke Department lain dan di berhentikan ..
Selama ini mereka bersekongkol dgn Najib menghina Dr Mahadhir tanpa belas kasihan..

Mereka juga butar belitkan story Skandal 1MDB & 2.6 Billion atas arahann Rahman Dahlan & Saleh Said Keruak ..

Mulai hari Isnin Berita TV3 & RTM & ASTRO Awani akan berubah wajah ..
Chairman & CEO TV3 akan di ganti dgn yang baru

Credit :
Safinar Khalid