Assalammualaikum W.R.T & Salam 1 Malaysia.
YBhg. Prof. / Dr. / Saudara,
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Bendahari UTM akan mengadakan taklimat pengecualian cukai subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang akan disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Sahagian Kelulusan & Penguatkuasaan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Taklimat ini penting dalam memahami sesuatu penerimaan seperti derma/endowment/wakaf dan lain-lain sumbangan wang mendapat pengecualian cukai ataupun tidak. Selain itu, para peserta boleh mengambil peluang bertanyakan sebarang isu atau persoalan berkisar pengecualian cukai ke atas sumbangan yang diterima.
3. Sehubungan dengan itu, saudara dijemput hadir ke taklimat tersebut yang akan diadakan pada ketetapan berikut:
TARIKH : 25 Julai 2018 / Rabu
MASA : 9.00 pagi – 11.30 pagi
TEMPAT : Johor Bahru – Dewan Seminar, Aras 4, CICT UTM Johor Bahru
(Lintas langsung) Dewan Seminar, Menara Razak, UTM, Kuala Lumpur – (Lintas langsung) Bilik Mesyuarat Fotosintesis, UTM, Pagoh
Segala kerjasama dan komitmen pihak saudara amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
The Bursary
Universiti Teknologi Malaysia
Tel No.: 07 – 55 30571
Speak Your Mind