Aku sayang dia, aku utamakan dia?

Salam Ramadhan Kareem 1438 Hijrah..

Bulan puasa ialah bulan untuk meningkatkan amal. Banyakkan ibadah, hidupkan sunnah, latih untuk berzikir setiap masa. Tak lupa, bulan untuk banyakkan MUHASABAH.

Ya…kita selalu lupa untuk bermuhasabah. Berfikir apa yang kita dah lakukan, apa yang kita dah lalui, apa langkah yang perlu diambil untuk islah ke arah yang lebih baik.

Sejenak bermuhasabah, saya terkenangkan perkara yang selalu saya ambil mudah atau “take for granted“, iaitu soal hubungan suami isteri.

***** Adakah rasa sayang dan rasa diutamakan itu berbeza? *****

Contoh. Mesej whatsapp masuk dari 2-3 orang. Salah satunya dari isteri/suami dan yang lainnya adalah daripada member tempat kerja, bos atau group sekolah. Apa yang berlaku? Biasanya kita akan balas mesej dari bos, kemudian member tempat kerja, kemudian skroll mesej dari group, dan akhirnya baru balas mesej suami/isteri.

Persoalannya, kenapa boleh jadi macam ni? Sedangkan kita selalu mengungkapkan kata sayang dan cinta pada pasangan kita? Jadi disinilah yang dikatakan sebagai take for granted!

“Alah dia bini/laki aku…mesti dia faham aku sibuk…”

“Alah benda yang dia mesej bukan penting sangat…balas lambat sikit pon takpa…”

Setelah bermuhasabah, saya mula bertanya pada diri sendiri, bukankah kalau kita SAYANG pada dia, maksudnya kita perlu UATAMAKAN dia? Kalau dengan orang lain saya boleh letak macam-macam icon smiley comel-comel waktu mesej , kenapa dengan dia saya hanya letak icon ? sahaja? Kalau dengan orang lain boleh karang ayat panjang-panjang, cek grammar bagai, dengan dia saya mesej ikut dan saja?

Benda ni bukan saja berlaku antara pasangan suami isteri, malah lebih sering berlaku antara ibu ayah dan anak-anak. Mentang-mentanglah anak-anak masih kecil, kita selalu membelakangkan mereka. Kita sayang, tapi tidak memberikan keutamaan kepada mereka. We are contradicting ourselves!

Jadi, mulai saat ini, mari sama-sama kita berubah. “Saya sayang dia” bererti “saya utamakan dia”. Do not take for granted. People’s hearts are as brittle as glass. Once broken, you will never find a way to mend them up.

 

https://yukidaisukiblog.wordpress.com/2017/05/28/aku-sayang-dia-aku-utamakan-dia/ 

Comments

  1. What’s up, I read your blog regularly. Your writing style is witty, keep it up!

Speak Your Mind

*