Anniversary bila poket kemarau

 Bulan Jun yang lepas merupakan ulang tahun perkahwinan kami yang ke-2. Rupa-rupanya baru 2 tahun kahwin. Rasa macam dah 20 tahun! Sebab setiap hari rasa lebih terisi dan bermakna (jiwang).

Ulang tahun perkahwinan kami yang pertama, atas kereta sepanjang hari. Maklumlah perjalanan Kelantan-Kedah-Perak di musim raya haji.. Tak menyempat nak beli hadiah atau nak masak special-special atau nak candle-light dinner kat hotel Grand Blue Wave. Jadi tahun ni, aku dah plan untuk buat sesuatu yang memorable.

TAPI! Aku dah berhenti kerja dan duit simpanan aku habis dek kesilapan pilihan yang aku buat beberapa bulan sebelum ni. Kami pon tengah dalam proses nak beli rumah pada waktu tu, jadi memang poket dalam musim kemarau. Merekah-rekah dah tanah! Macam mana nak candle-light dinnerkat Grand Blue Wave? Macam mana nak masak chicken grill with black paper sauce, mushroom and mash potato kalau hari-hari pon telan telur je..sob sob sob..

Jadi, aku ngan cik abam telah pergi ke Hinode shop beberapa hari sebelum anniversary, dan pilih hadiah. Dia pilih untuk aku, aku pilih untuk dia. Haa macam exchange hadiah lah! Hinode shop ni memang kedai jual hadiah. Semuanya RM6 (setahu aku). Jadi boleh lah jimat sikit kan dan pada masa yang sama, masih lagi memorable untuk kami..

Yang lawak, aku dengan cik abam masuk sama-sama dalam kedai tu, tapi kedai kecik je. Jadi masing-masing boleh nampak lah pulak hadiah yang nak dipilih. Sebab tak surprise, aku suruh suami aku duduk kat luar dulu. Dah siap aku pilih hadiah, bungkus, suami aku pulak masuk dan aku tunggu kat luar. Promoter Hinode tu terkebil-kebil pandang kami. Keluar masuk keluar masuk. Hehe.

Tiba hari Anniversary…

Petang tu, cik abam balik kerja, kami sama-sama bukak hadiah. Haha lebih kurang je hadiah kami rupanya. Aku belikan cik abam bekas air untuk buat air panas kat office dia, dan dia pulak belikan aku bekas isi air mineral! Hehe sama-sama peminat air. Aku suka hadiah tu dan apparently cik abam pon suka hadiah yang aku pilihkan. Alhamdulillah..simple but memorable for us ❤

 

Ps.. Rupa-rupanya bekas air yang cik abam belikan untuk aku bukannya RM6. Suami aku baru tau bila nak bayar. Haha yayy aku dapat hadiah mahal!! ?

Anniversary bila poket kemarau

 

Speak Your Mind

*