Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kepimpinan Akademik UTM (UTMLead) selaku urusetia Anugerah Penasihat Akademik dengan ini mengumumkan bahawa pencalonan kini telah dibuka secara rasmi.
Sehubungan dengan itu, pencalonan bagi Anugerah Penasihat Akademik hendaklah dihantar melalui Fakulti dan perlu diserahkan ke Urusetia Anugerah (UTMLead) selewat-lewatnya sebelum atau pada 28 Mac 2019.
Bersama-sama ini dilampirkan Poster Anugerah dan Borang Pencalonan untuk makluman dan tindakan YBhg. Dato’/Prof./Saudara selanjutnya.
Maklumat mengenai Panduan dan Kriteria Anugerah Penasihat Akademik 2018 boleh dicapai melalui http://utmlead.utm.my/anugerah-penasihat-akademik/
Sebarang pertanyaan boleh disalurkan kepada :
Urusetia
Anugerah Penasihat Akademik
Pusat Kepimpinan Akademik UTM (UTMLead)
Pn. Nurhanin Ahmad / En. Mohd Reduan Mohd Ariff
Emel: nurhanin@utm.my / mreduan@utm.my
Tel: 07-5537888 / 07-5537866
Terima kasih.
Pusat Kepimpinan Akademik UTM (UTMLead) Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Universiti Teknologi Malaysia 81310 Skudai, Johor
Speak Your Mind