BANK PEMBANGUNAN ISLAM: MERIT SCHOLARSHIP PROGRAMME FOR THE ACADEMIC YEAR 2018-2019

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

YBhg. Datin Paduka Ir. Dr./Tuan,

BANK PEMBANGUNAN ISLAM: MERIT SCHOLARSHIP PROGRAMME FOR THE ACADEMIC YEAR 2018-2019

Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2.         Untuk makluman YBhg. Datin Paduka Ir. Dr./Tuan, Bank Pembangunan Islam (IDB) telah menawarkan biasiswa di peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) dan Penyelidikan Pasca-Kedoktoran (post-doktoral research) secara sepenuh masa dalam bidang pendidikan berkaitan. Tawaran biasiswa ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pembiayaan adalah meliputi bayaran yuran pengajian, kos sara hidup bagi pemohon sahaja (single-status basis), insurans kesihatan dan tiket kapal terbang pergi-balik.

3.         Tawaran biasiswa selama 3 tahun sepenuh masa di peringkat Ph.D adalah dikhususkan dalam bidang-bidang berikut:

i.          Pertanian Lestari (Sustainable Agriculture);
ii.         Pendidikan (Education);
iii.        Pendidikan untuk Pembangunan Mampan (Education for Sustainable Development);
iv.        Perubahan Iklim (Climate Change);
v.         Tenaga (Energy);
vi.        Bandar Mampan (Sustainable Cities);
vii.       Pertumbuhan Bertanggungjawab (Responsible Growth);
viii.      Pengurusan Sisa (Waste Management);
ix.        Perkembangan Populasi (Population Growth);
x.         Kimia Hijau (Green Chemical);
xi.        Biodiversiti (Biodiversity);
xii.       Pencemaran Plastik dan Mikroplastik (Plastic Pollution and Microplastics);
xiii.      Air dan Kebersihan (Water and Hygiene);
xiv.       Kesihatan (Health);
xv.        ICT untuk Pembangunan (ICT for Development);
xvi.       Inovasi dan Pembangunan Infrastruktur (Innovation and Infrastructure Development);
xvii.      Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Islam (Islamic Economics, Finance and Banking); dan
xviii.     Sains Sosial Berkaitan Pembangunan (Development-Related Social Sciences).

4.         Biasiswa ini ditawarkan bagi sesi pengajian di institusi terkemuka di negara maju atau negara ahli IDB. Namun begitu, keutamaan akan diberikan kepada calon Ph.D. yang telah mendapat tawaran pengajian di universiti yang mempunyai kerjasama dengan IDB seperti berikut:

i.          University of Cambridge, United Kingdom;
ii.         University of Birmingham, United Kingdom;
iii.        Queen Mary University of London, United Kingdom;
iv.        Imperial College London, united Kingdom;
v.         Copenhagen University, Denmark;
vi.        Princeton University, USA, KAUST, Saudi Arabia; dan
vii.       McGill University, Canada.

5.         Permohonan bagi biasiswa ini dibuka sehingga 9 Februari 2018 dan borang permohonan yang telah dilengkapkan sepenuhnya perlu dikembalikan kepada :

Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Kementerian Kewangan
Bahagian Antarabangsa
Aras 8, Blok Tengah
Kompleks Kementerian Kewangan
Persiaran Perdana, Presint 2
62592 Putrajaya.
(u.p.: Unit Kerjasama Pelbagai Hala 2)

Bersama ini dilampirkan butiran lanjut berkaitan permohonan biasiswa (Lampiran 1) untuk rujukan. Borang permohonan biasiswa dan maklumat lanjut mengenai biasiswa ini boleh didapati di laman sesawang IDB (www.isdb.org<http://www.isdb.org/>).

6.         Sehubungan itu, dengan hormatnya perkara ini diangkat untuk makluman dan tindakan pihak YBhg. Datin Paduka Ir. Dr./Tuan selanjutnya untuk dipanjangkan kepada calon yang layak dan berminat dengan tawaran biasiswa daripada IDB ini.

Perhatian dan kerjasama pihak YBhg Datin amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

MAAGIENDRAN A/L RAJASINGAM
Bahagian Hubungan Antarabangsa | International Relations Division​
Kementerian Pendidikan Tinggi, Malaysia | Ministry of Higher Education, Malaysia
Aras 14, No.2, Menara 2 | Level 14, No.2, Tower 2
Jalan P5/6, Presint 5,
62200 PUTRAJAYA

Tel​ (Pejabat) : +603 8870 5383
Fax    : +603 8870 6817 (Fax)
Emel   : maagiendran@mohe.gov.my<mailto:irwan@mohe.gov.my>

Speak Your Mind

*