Thank you, Allah
Aku bukanlah seorang yang aktif bersukan. Jogging satu round balapan pon dah mengah, apatah lagi nak hiking bagai. Tapi sekali-sekala aku ajak encik abam pergi main badminton atau pingpong. Konon-konon nak buang toksin.
Jumaat cuti umum. Komplek sukan tutup. Hari Sabtu pukul 6.15 petang, kami bertolak ke komplek sukan. Tup-tup tutup juga! Ada larian amal. Kami balik setelah round stadium sambil duduk dalam kereta. Kecewa!
Sampai rumah 6.40 petang. Sambil makan aiskrim, encik abam bagitau yang malam tu ada kuliah maghrib Ust. Dusuki. Berat! Berat sungguh rasa badan nak pergi masjid. Padahal sebelum tu bersemangat nak pergi bersukan.
Bangun, masuk bilik air, ambil wuduk..masih teragak-agak nak pergi tak. Masuk bilik, ambil telekung, mengeluh. Akhir sekali, sarung telekung, terus ajak encik abam pergi masjid walaupun dah azan Maghrib.
Sampai masjid, parking takde. Pusing cari parking, terlepas jemaah. Sabar. Masuk masjid, takde tempat nak solat, penuh orang. Sabar. Naik atas, Alhamdulillah lapang. Solat Maghrib, terus kuliah. Bunyi bergaung. Niat nak dengar kuliah, tapi tak dapat tangkap butir bicara. Mungkin sebab duduk tingkat atas.
“Ya Allah, kalau tak dapat semua, bagilah aku dapat sikit..” Doa dalam hati. Memang tak banyak aku dapat malam tu. Tapi sampai sekarang aku ingat. Ustaz sebut..
“Lumrah dunia untuk ditinggalkan, bukan untuk dikejar…”
Lantas mata bertakung air..selama ini hidup aku sedar tak sedar, mengejar dunia. Inginkan PhD, untuk dapatkan gelaran Dr., gaji besar, hidup senang. Walhal dunia ini untuk ditinggalkan. Mungkin sekejap lagi, mungkin esok lusa..
Aku pulang sambil berfikir. Rupanya Allah masih sayangkan aku. Allah ‘aturkan’ supaya kompleks sukan tutup. ‘Aturkan’ supaya aku makan aiskrim dan sejukkan hati untuk ke masjid. Allahu Allah..benarlah..Dialah yang Maha Penyayang diantara yang penyayang..
Terima kasih Allah…
source yukisukidaisuki