LARANGAN PEMBAKARAN TERBUKA DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
May 1, 2018 by Leave a Comment
Perkara di atas adalah dirujuk dan teguran dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor adalah berkaitan.
* Premis perlu memastikan tiada sebarang pembakaran terbuka dijalankan di dalam kawasan premis.
2. Adalah dimaklumkan bahawa sebarang kebakaran, pembakaran atau pembaraan yang berlaku di udara bebas dan tidak dihalakan melalui cerobong (stack) adalah DILARANG kecuali aktiviti-aktiviti yang ditetapkan oleh Menteri melalui Perintah yang disiarkan oleh Warta.3. Segala pembakaran adalah dilarang sama sekali kecuali aktiviti berikut:– Pembakaran tanaman berpenyakit– Pembakaran untuk aktiviti keagamaan– Grill/barbeku (bukan di atas tanah gambut)– Flaring** Kesalahan dan DendaSeksyen 29A(2) atau 29B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974– Kompaun tidak melebihi RM2000.00 bagi setiap longgokan kebakaran– Denda tidak melebihi RM500,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun ataukedua-duanya.