Anugerah Seni dan Kreativiti Citra Karisma

SANTAI NOVELIS

REALITI PGU3

UTM Summer School – Malaysia Heritage Walks & Town Trails 2018 – National University Of Civil Engineering (NUCE)

JOHOR BAHRU, 13 Februari 2018 – Seramai 25 orang peserta yang terdiri dari wakil program Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina UTM (7 pelajar dan 1 pensyarah pengiring) dan Faculty of Architecture and Planning (FAP), National University of Civil Engineering (NUCE) dari Hanoi, Vietnam (15 pelajar dan 2 pensyarah pengiring) telah telah menyertai program UTM Summer SchoolMalaysia Heritage Walks & Town Trails2018. Program UTM Summer School anjuran Fakulti Alam Bina UTM (FAB UTM) melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah (JPBW) ini merupakan edisi kali ke-5 bersama pihak NUCE dan yang pertama selepas Perjanjian Persefahaman (MoU) ditandatangani pada Oktober 2017 antara kedua-dua institusi pengajian.

Program ini diketuai oleh Dr. Noor Aimran Samsudin, Pensyarah Kanan Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah UTM selaku pengarah program. Matlamat utama program ini adalah untuk memperkenalkan usaha pemeliharaan bandar dari perspektif bidang perancangan bandar selain memupuk perasaan kecintaan terhadap nilai warisan tempatan dalam konteks alam bina melalui lawatan teknikal ke beberapa bandar warisan dan tapak bersejarah terpilih seperti Bandar Maharani Bandar Diraja dan Tapak Warisan Dunia UNESCO Bandaraya Melaka Bersejarah selain ke Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Sebuah slot perkongsian kuliah turut dianjurkan pada hari pertama program yang disampaikan oleh pengarah program, Dr. Noor Aimran Samsudin berkaitan kepentingan pemeliharaan identiti bandar warisan tempatan manakala Dr. Lee Yoke Lai dari Jabatan Senibina Landskap berkongsi mengenai identiti landskap budaya Malaysia dan sumbangannya terhadap karektor setempat. Delegasi Vietnam yang diketuai oleh Dr. Nguyen Cao Lanh, Timbalan Presiden FAP NUCE telah disambut kehadirannya ke UTM oleh Prof. Madya Dr. Mohamad Rafee Majid, Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi, Komersialisasi dan Jaringan).

Aktiviti seperti ini telah berjaya membantu merealisasikan Bidang Tumpuan ke-7 dalam Pelan Global UTM 2012-2020 iaitu “Memperkasakan jenama UTM di peringkat global”. Program UTM Summer School yang bermula pada 31 Januari sehingga 5 Februari 2017 ini turut diisi dengan penganjuran bengkel mini yang menekankan akan pentingnya pengukuhan identiti bandar warisan dengan citra tempatan. Peserta dikehendaki untuk mengenalpasti komponen dan elemen reka bentuk bandar yang menyumbang ke arah pembentukan identiti tempatan.

Hari-1, Khamis (1 Februari 2018) : Sesi kuliah dan bertolak ke Muar

Hari-2, Jumaat (2 Februari 2018) : Menyelusuri Sungai Muar

Pada sebelah pagi, peserta dibawa menyelusuri Sungai Muar menaiki bot dari Jeti Tanjung Emas. Dengan menyelusuri sungai, peserta berpeluang melihat keindahan Bandar Diraja dari sudut visual dan pemandangan yang berbeza. Bandar Maharani yang mula dibuka sejak tahun 1887 semasa zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar berkembang pesat selari mengikut tebing sungai sehingga muara Sungai Muar. Pada hari ini kewujudan bangunan warisan yang masih terpelihara seperti istana, masjid, pejabat daerah, mahkamah, balai polis dan deretan bangunan rumah kedai tradisional menghidupkan persekitaran bandar tersebut sebagai sebuah Bandar Diraja di Johor. Peserta berpeluang menyelusuri sejarah Kesultanan Johor dan hubungkaitnya dengan sejarah kegemilangan Melaka. Seterusnya, lawatan diteruskan lagi ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Ketika di Melaka, peserta dibawa menyelusuri laluan jejak warisan yang ditetapkan oleh penganjur. Permulaan perjalanan dimulakan dengan memberi pendedahan kepada sejarah Bandaraya Melaka. Peserta didedahkan dengan sejarah kewujudan Kota Melaka (A‟ Famosa) yang pernah menjadi pusat pentadbiran kepada sebuah kerajaan maritim terunggul di sebelah Timur bermula zaman Kesultanan Melayu Melaka sebelum ditawan oleh Portugis, Belanda dan British. Perjalanan diteruskan lagi ke Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka bagi memberi

pendedahan tentang sejarah permulaan Melaka pada zaman dahulu dan pengetahuan berhubung institusi Kesultanan Melayu Melaka. Selain itu, peserta dapat menerokai dan melihat paparan koleksi pakaian tradisional, aksesori perhiasan dan peralatan senjata yang digunakan pada zaman dahulu. Setelah selesai menerokai muzium tersebut, pelajar dibawa ke Bukit St. Paul bagi melihat Gereja St. Paul dengan lebih jelas. Di sini, peserta didedahkan dengan pelbagai pengetahuan yang melibatkan pembentukan sejarah daripada para pensyarah. Pada sebelah malam pula, peserta diraikan dalam sebuah jamuan di Restoran Muara Sungai Duyung.

Hari-3 Sabtu (3 Februari 2018) : Tapak Warisan Dunia Melaka UNESCO Melaka

Pada hari ke-3 terdapat beberapa muzium yang dilawati peserta iaitu Muzium Negeri, Muzium Etnografi dan Muzium Senibina. Kawasan deretan bangunan rumah kedai tradisional turut diterokai keunikkan senibinanya khususnya di sekitar Jalan Tun Tan Cheng Lock dan Jalan Jonker. Peserta diperkenalkan dengan kepelbagaian warisan nyata (tangible) dan tidak nyata (intangible) yang berkait rapat dengan Outstanding UniversalValues (OUV) yang terkandung di tapak UNESCO tersebut termasuklah melihat kehidupan masyarakat tempatan di Kg. Ketek dan Kg. Morten. Pada sebelah malam peserta turut dibawa menyelusuri Sungai Melaka melihat keindahan lampu hiasan yang menerangi pesisir sungai dan deretan rumah kedai dan perkampungan tradisional, Kampung Morten.

Hari Ke-4, Ahad (4 Februari 2018) – Putrajaya dan Kuala Lumpur

Setelah melawat di sekitar Putrajaya, peserta dibawa ke tempat penginapan yang telah disediakan. Setelah itu, para peserta dibawa ke Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dengan menaiki pengangkutan awam. Di sini, mereka diberi peluang untuk merasai pengalaman menggunakan Transit Aliran Ringan (LRT) yang menjadi salah satu kemudahan pengangkutan moden ibu negara. Setelah sampai di KLCC, para peserta diberi peluang untuk menonton pertunjukan air pancut berirama di hadapan KLCC yang menjadi tempat ikonik. Para peserta dapat melihat dan merasasi suasana aktiviti yang dilakukan oleh warga Kuala Lumpur pada waktu malam hari. Pada pukul 11 malam, para peserta dibawa pulang dengan menaiki LRT dan berjalan kaki ke tempat penginapan.

Hari Ke-5, Isnin (5 Februari 2018) : Pembentangan akhir

Pada hari terakhir, peserta diminta membuat pembentangan mengenai identiti dan perbezaan di setiap tapak lawatan yang peserta telah lewati iaitu di Muar, Melaka, Putrajaya, dan Kuala Lumpur. Setiap peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dan 1 kumpulan terbahagi kepada 5 ke 6 peserta. Kumpulan 1 telah menerangkan mengenai perbezaan antara setiap tapak lawatan, kumpulan 2 menerangkan apa itu identiti di setiap tapak lawatan, manakala kumpulan 3 membentangkan mengenai keunikan makanan di Malaysia dan identiti di Muar, dan kumpulan terakhir menerangkan mengenai pelbagai jenis senibina dan identiti. Setiap kumpulan berjaya melakarkan pelbagai jenis senibina yang terdapat di setiap tempat mereka lawati. Pada akhir pembentangan, setiap pensyarah telah memberi komen yang positif kepada setiap pembentangan peserta. Wang saguhati turut diberikan kepada peserta hasil kutipan „denda‟ yang dikenakan kepada setiap peserta yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing semasa berkomunikasi dalam program ini bagi menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris. Majlis penutup dan sesi penyampaian sijil kepada peserta telah diadakan selepas selesai pembentangan. Selesai penyerahan sijil, peserta dibawa melawat ke sekitar Masjid Jamek. Pihak pengurusan masjid telah sudi menerangkan sejarah pembinaan masjid tersebut. Peserta juga dibawa melawat sekitar masjid dan merasai suasana di dalam masjid dan juga di masjid ini mempunyai pelbagai Al-quran terjemahan dan ini membolehkan pelancong memahami isi kandungan Al-quran tersebut. Selepas itu, peserta dibawa ke Pasar Seni dan seterusnya ke Bangunan Sultan Abdul Samad-Dataran Merdeka. Pelbagai perisitwa penting berkaitan sejarah kemerdekaan negara telah dikongsikan kepada peserta di kawasan tersebut. Selesai lawatan, semua peserta telah berangkat pulang dengan menghantar delegasi Vietnam ke KLIA2 pada sebelah petang sebelum kembali pulang ke kampus UTM JB.

source

Program Kesedaran Kanser

Saturday Night Lecture Series

Her Majesty Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor and the Chancellor of UTM has kindly grace Saturday Night Lecture series organised by CASIS, Centre for Advanced Studies on Islam, Science and Civilisation, a centre of excellence in UTM, in collaboration with Yayasan Raja Zarith Sofiah, Yayasan Ta’dib and HAKIM which was organised on 10 February 2018 at UTM Kuala Lumpur.

 

Saturday Night Lecture series started almost 30 years ago at the International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), founded and directed by YM Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas, a world renowned Malay thinker and reformer. The Lecture was his deliberation of the great ideas contained in many of his books which were read by contemporary Muslim scholars all over the world. The lecture series at ISTAC was abruptly suspended in 2002 due to certain unfortunate circumstances and it was only resumed in 2012 when Tan Sri al-Attas was appointed as distinguished visiting professor of CASIS UTM. He then delivered the lecture series for a period of 3 years.

Saturday Night Lecture series is about honouring a great scholar of Islam. It is a celebration of knowledge and scholarship. Saturday Night Lecture series reflects the culture of knowledge that is lacking in many parts of the Muslim World. It brings people together, from all walks of life, not only for the sake of personal quest for beneficial knowledge but also to find answers  and solutions to the contemporary problems facing the ummah.

Saturday Night Lecture series will be recorded in history, perhaps, as the longest lecture series ever held in the Malay World, which has received tremendous support from various interested and learned parties; its audience includes academics, diplomats, politicians, administrators, public servants, professionals, educators activists and students alike regardless of age.

The lectures discuss fundamental elements constituting the worldview of Islam, epistemic frameworks, the civilisational challenges confronting the ummah internally and externally, and provide intellectual means and solutions on how to address them.

source

UTM’s Kew Si Na attending Malaysia-Maldives Outstanding Youth Programme 2018

A city tour to Tsunami Memorial Maldives.

The purposes of this programme were to consolidate the global friendship bond between youth in Malaysia and Maldives, to foster the value of volunteerism in youth, to explore the knowledge and culture about Maldives, and to develop the potential of participants towards excellence.

The activities included of an educational visit to The Maldives National University to exchange ideas about education systems in particpants’ own countries and an activity related to corporate social responsibility such as beach clean-up activity to make an impact on the society.

A sharing session talk by Kew Si Na.
source

Besides that, another significant activity is the sharing session with local NGOs such as the Regional Alliance for Fostering Youth to introduce Malaysia and NGOs in Malaysia and cultural performances where the participants  performed traditional dances.

Moreover, they were also arranged to join a city tour led by local students in Male to understand the development of the capital, and also to join the beach activities such as island hopping and a sand bank tour to see the natural beauty surrounding Maldives.

Throughout the whole programme, they had exchanged cultural knowledge and ideas as well as built a global friendship that had enriched their learning journey.

Materials Lecture Competition 2018 | Call for Participants

Dear All,

Materials Lecture Competition (UTM-MLC 2018) at university level will be held to find a suitable candidate to represent UTM to national level. The details of the competition are as follow:

Date: 11 March 2018
Venue: FKM
Time: 8 AM– 5 PM

The Materials Lecture Competition 2018 (UTM-MLC2018) is open to all UTM students under 28 years old and participants must deliver a 15-minute presentation on a topic related to Materials or Minerals Science and Engineering

To take part in the UTM- MLC2018, please provide an abstract of maximum 150 words and submit the registration before 25 February 2018 at https://goo.gl/72ykAn

For details of the competition, please download the e-poster attached or visit https://people.utm.my/mlc

If you have any enquiries, feel free to email us at utmmlc@mail.fkm.utm.my

Best regards and thank you very much.

Invitation to Participate in the Malaysia’s First Cellular Internet-of-Things Hackathon

“Hack for Good” is the first of its kind, end-to-end cellular Narrow Band Internet of Things (NB-IoT) hackathon covering the complete ecosystem from device, connectivity, IoT platform to apps, to provide a unique opportunity to university students and professionals to build IoT based solutions relevant for Malaysia.

“Hack for Good” is open to all university students and professionals. Register for free at https://t4gc.com/ by 26th February 2018.

source

UTM students in OGIP 2018

There is always more to university life than mere academic achievements. On 25th Jan 2018, Derek Chung Zhong Kang, a petroleum engineering student from Society of Petroleum Engineers UTM Student emerged as first runner up in the Oil and Gas Intellectual Parade (OGIP) Paper Competition, which took place in Yogyakarta, Indonesia.

As a fourth year student having to juggle between studies and final year project, the overwhelming pressure, however, did not stop him from participating in international competitions and bringing glory to SPE-UTM SC.

Alongside Derek were another 8 second year students who participated in the Smart Competition and Oil Rig Design Competition of the same prestigious event. They are the perfect portrayal of passionate young talents and we are truly proud of them.

Please visit our Facebook page for more news!

https://www.facebook.com/SPE.UTM/

#WeAreSPE

source

UTM-LCARC, JPBW and ISI Exhibit and Promote Malaysia’s “Science to Action” (S2A) Approach to Low Carbon, Sustainable Communities at WUF9

Kuala Lumpur, 10th February – Universiti Teknologi Malaysia (UTM), through the UTM-Low Carbon Asia Research Centre (UTM-LCARC) that is based in the Department of Urban and Regional Planning (JPBW), Faculty of Built Environment, and the Institut Sultan Iskandar (ISI) organise an exhibition and a side event at the 9th Session of the World Urban Forum (WUF9) at the Kuala Lumpur Convention Centre on 7-13 February 2018.

Organised every two years by the United Nations Human Settlements Programme (UN-Habitat), the WUF is the largest United Nations conference on urban development and cities.  Held for the second time in an Asian city, the forum features over 500 events, including assemblies, high-level roundtable talks, dialogues, side events and exhibitions.  WUF9, themed “Cities 2030, Cities for All: Implementing the New Urban Agenda”, focuses among others on advancing sustainable urban development and low carbon communities and is expected to be attract over 25,000 people from 193 countries.

Through WUF9, JPBW showcases UTM-LCARC’s latest work and achievements in advancing city-level sustainability and climate change action plan-making through the “Science to Action” (S2A) approach, which involves scientific evidence-based policy-making through multiple stakeholder engagements and real policy implementation in Iskandar Malaysia, Putrajaya, Kuala Lumpur and Pengerang.  Also featured are research and consultancy works by the Centre for Innovative Planning and Development (CIPD) that straddle multiple disciplines of transportation and logistics, tourism, urban design and rural development.

Institut Sultan Iskandar (ISI), UTM’s gazetted, independent not-for-profit research and development company specialising in planning and development, showcases its high-profile flagship MIT-UTM Malaysia Sustainable Cities Program that started in 2014.  The MIT-UTM MSCP mission is to study and document sustainable city development efforts in Malaysia. Visiting scholars from around the world spend September-December each year conducting research in Malaysia. They then spend February-May at MIT developing research findings into instructional materials to enhance and extend the teaching of sustainable city development across universities in the global South. The MSCP is housed in the Science Impact Collaborative in the Department of Urban Studies and Planning at MIT, and ISI at UTM.

source

Entrepreneurship Beyond Boundaries Closing Ceremony

Entrepreneurship Beyond Boundaries (EBB) program is a five-year initiative, launched in October 2017 to develop innovative and entrepreneurial leaders in the global markets under the collaboration of Azman Hashim International Business School, Universiti Teknologi Malaysia (Azman Hashim IBS) and Yayasan Muhibah Professor Tan Sri Dato’ Paduka Fng Ah Seng. The program is under the flagship of Tan Sri Dr. Fng has an absolute vision to enhance society well-being, reduce poverty, and uplift economy.

To drive the program forward, two phases are put in place. Firstly, entrepreneurs were selected to undergo a series of business development course and entrepreneurial training. To begin with, 30 entrepreneurs were selected from Malaysia to join the program from October 2017 to January 2018. azman Hashim IBS has successfully completed the pilot phase in Malaysia and trained 30 entrepreneurs with the advance modules for entrepreneurial skills. Entrepreneurial business pitching session was organized to test their business model and refine it to launch in the market. The closing ceremony of the pilot phase was held on 7th February 2018.

During the closing ceremony, Tan Sri Fng has announced another RM 100,000.00 funds for 2018 to scale-up the entrepreneurship activities locally and internationally. Azman Hashim IBS hopes to achieve the vision to enhance social well-being, reduce poverty, and the uplift economy via similar but more streamlined efforts in the future programs and make a significant contribution to sustainable development goals. Entrepreneurship beyond boundaries goal for 2018 is to train entrepreneurs in Malaysia, Iran and Turkey.

Azman Hashim IBS would like to thank Professor Tan Sri Dato’ Paduka Dr. Fng Ah Seng, Jp for his continuous support and generosity towards Entrepreneurship Beyond Boundaries program.

Source

Embassy of the United States of America Visit UTM Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, 7 February 2018 –  UTM Kuala Lumpur received a courtesy visit from Mr. Michael Quinlan, Cultural Affairs Officer and Ms. Fiona Teo, Education USA Coordinator from the Embassy of the United States of America.

Their meeting with UTMKL is to raise awareness and understanding on higher education in the U.S. They intend to provide information for interested students on all aspects about American tertiary education, such as the most appropriate schools to study, academic life in America, and grants and scholarships for Malaysian students. They are also looking for other education institutions to establish partnership and cooperation.

Their discussion with UTM also touched on the involvement of women in STEM and to celebrate the upcoming event, International Women Day, in March. They are planning to hold a program by bringing known figures from the U.S. to give a talk and to have a dialogue session with the local panelists. Mr. Quinlan hopes to see outstanding female UTM staff to participate in the program this year.

UTM will also invite Education USA to give a talk to students and staff on opportunities to study in the U.S. For visiting scholars, financial assistance will be given. UTM is also looking forward to having an opportunity to invite H.E. US Ambassador to UTM for knowledge sharing session.

It is hoped that the short visit will lead to a close and strong collaboration between the Embassy of USA and UTM in the future.

source

Car Free Day 22 Feb 2018 | UTM

UTM Logo

Image may contain: text

Hack For Good

Inline images 1

UTM Entrance Gates | Info

  • PINTU MASUK SENAI, PINTU MASUK SERI PULAI, PINTU MASUK JALAN LADANG, PINTU MASUK DESA BAKTI DAN PINTU MASUK FBME (V01), AKAN DITUTUP MULAI JAM 2400 HRS, 15 FEBRUARI 2018 DAN DIBUKA SEMULA PADA 0600 HRS 19 FEBRUARI 2018.

Slot Pelita Ilmu | UTM

Assalamualaikum w.b.t & greetings,

YBhg. Prof./Dr./Saudara,

Perkara di atas dirujuk dengan hormatnya.

Dimaklumkan bahawa, Seksyen Pembangunan, Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar akan menganjurkan program seperti di bawah.

Zon A (Siri 1/2018)

Program : Slot Pelita Ilmu : Kupasan Amanat Tahun Baharu Sesi Menyelami, Menghayati Dan Mencipta Realiti PGU3

Tarikh : 12 Februari 2018 (Isnin)

Masa : 10:00 Pagi hingga 12:00 Tengahari

Tempat : Dewan Senat, UTM Johor Bahru

Video : Bilik Mesyuarat Fotosintesis, UTM Pagoh

Conferencing

Kehadiran staf dari PTJ yang berhampiran lokasi program adalah amat dialu-alukan.

Zon B (Siri 2/2018)

Program : Slot Pelita Ilmu : Kupasan Amanat Tahun Baharu Sesi Menyelami, Menghayati Dan Mencipta Realiti PGU3

Tarikh : 20 Februari 2018 (Selasa)

Masa : 10:00 Pagi hingga 12:00 Tengahari

Tempat : Dewan Seminar CICT, UTM Johor Bahru

Video : Bilik Mesyuarat Fotosintesis, UTM Pagoh & Dewan Seminar, UTM Kuala Lumpur

Conferencing

Kehadiran staf dari PTJ yang berhampiran lokasi program adalah amat dialu-alukan.

Zon C (Siri 3/2018)

Program : Slot Pelita Ilmu : Kupasan Amanat Tahun Baharu Sesi Menyelami, Menghayati Dan Mencipta Realiti PGU3

Tarikh : 28 Februari 2018 (Rabu)

Masa : 10:00 Pagi hingga 12:00 Tengahari

Tempat : Bilik Seminar Al Dinawari, T02, Fakulti Biosains & Kejuruteraan Perubatan, UTM Johor Bahru

Kehadiran staf dari PTJ yang berhampiran lokasi program adalah amat dialu-alukan.

Penceramah :

1. Prof. Dr. Shahrin Bin Mohammad

2. Dr. Mohd Bakri Bin Bakar

3. Dr. Abdul Halim Bin Abdullah

4. Dr. Narina Bt A. Samah

5. Prof. Madya Dr Kassim Bin Thukiman

Kumpulan sasaran: Terbuka
PENTING: *Staf yang berminat dan bersetuju untuk hadir, mestilah memaklumkan kepada Ketua masing-masing terlebih dahulu.

Kehadiran akan diambil kira sebagai mata CPD di UTMSmile. Sehubungan itu, sila sahkan kehadiran saudara di google form ini —> KEHADIRAN SLOT PELITA ILMU : KUPASAN AMANAT TAHUN BAHARU 2018

Sekian.

Sumber:

Seksyen Pembangunan
Bahagian Sumber Manusia
Pusat Latihan UTM
Pejabat Pendaftar
UTM Johor Bahru

Short Course on MINITAB Statistical Software: Experimental Designs for Robust Product/ Process Optimization

On 25 January 2018, Dr. Rozetta Dolah has delivered a technical short course for MIT and Harvard affiliates, universities and industrialist. This is part of the IAP 2018 (Independent Activities Period) event organized by MIT annually every January of the year. For over four decades, IAP has provided members of the MIT community with a unique opportunity to participate in a wide variety of activities, including how-to sessions, forums, athletic endeavors, lecture series, films, tours, recitals and contests. Having the experience working with Universiti Teknologi Malaysia (UTM) and industry prior to academic field, Dr. Rozzeta took this IAP 2018 opportunity to contribute her expertise to MIT. Besides, she introduced UTM and UTM Razak School to these MIT participants and exposed UTM as a premiere engineering university and its achievement.

This short course is essentially made to understand on how to construct an experimental design using MINITAB as a vehicle to a robust product and process optimization. It covers the terms of the TAGUCHI Static and Dynamic designs, Design of Experiments (DOE) and Response Surface Methodology (RSM) to be wisely fit the input of orthogonality and variation minimization. Variation context as noise function and simplifying the statistics into practical or real application are some of the responses highlighted by the audience. The 3-Hour hands-on engaged with MIT reveals the truth of experimental design by resolving the confusion on:

  • How far I can stretch my parameter setting for optimum results?
  • How to explore the relationships between several Explanatory Variables and one or more Response Variables 
  • How reliable, clean and optimized the data is
  • Which region should be explored and which should not?
  • How should I start the experiment and get it RIGHT at the first time?

From participants’ responses, they concluded that this is a very good tool for researchers, engineers, and industrialists. At present MIT does not employ this tool but from the good feedback from the attendees, it is expected that MIT will soon acquire some copies of MINITABS license for the use of its staff and students. UTM has contributed to MIT continued excellence and leadership in R&D by introducing this important tool to its staff and students.

MINITAB is a powerful statistical software for comprehensive data analysis. It provides a simple, effective way to input statistical data, identify trends and patterns, and extrapolate answers to the problem at hand. MINITAB is vital to investigate the underlying cause of a problem and expedite the problem solving process. This software option uses a series of elements to help Six Sigma professionals work with data and optimization process, thus further enhance your ability in optimizing your process response. It’s an essential tool in process improvement, making it essential to any Six Sigma program.

 

 

PROFILE:

Dr. Rozzeta Dolah CEng MIET is a post doctoral fellow at MIT Department of Mechanical Engineering under Microfluidics and Nanofluidics Research laboratory. Her research interest involves renewable energy in biomass conversion into biofuels and nanotechnology using robust quality engineering including Taguchi method optimization. Her experience in response surface methodology for quality engineering was gained under the direct tutelage of the pioneer of Taguchi method, son of the late Dr. Taguchi, world’s renowned quality expert. Prior to being in academic field, she has many years of experience in industry as process engineer, where she involved in various Black Belt Six Sigma projects, and problem solving through defects and variation elimination using MINITAB.

As a MINITAB trainer, she involved mainly in process robustness against variation in order to boost yield and production of a system. She is a member of Japan’s Quality Engineering Society, she led many quality improvement projects through the implementation of Taguchi Method (Robust Quality Engineering), Design of Experiments (DOE), and Lean Six Sigma.

BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA) 2018/2019

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2018-2019 – Tawaran Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2018/2019 kini dibuka untuk permohonan.

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2018/2019

Semua warganegara Malaysia yang layak adalah dipelawa untuk memohon Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2018/2019 di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D) di dalam dan luar negara.

Keterangan Kemudahan BYDPA Sesi 2018/2019.

Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) ini adalah bagi mengiktiraf kebolehan luar biasa seseorang pelajar, di samping memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat Pasca Ijazah dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam. Kelebihan biasiswa ini adalah dari segi kadar biasiswa yang ditawarkan, syarat-syarat kelayakan dan penempatan di universiti-universiti yang terkemuka.

Bilangan biasiswa yang disediakan adalah dua belas (12) biasiswa iaitu enam (6) untuk peringkat Sarjana dan enam (6) biasiswa untuk peringkat Kedoktoran (Ph.D) setiap tahun.

Kriteria utama yang digunakan bagi pemilihan calon-calon untuk mendapatkan BYDPA ini adalah berdasarkan kepada kecemerlangan akademik yang dimiliki. Di samping itu, kriteria berikut juga diambil kira di dalam pemilihan calon-calon iaitu:

i. Penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau hasil kerja kreatif dan inovatif; dan
ii. Prestasi semasa temuduga.

Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian;
iii. Mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang iaitu CGPA 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
iv. Calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif akan diberikan keistimewaan;
v. Calon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa akan diberikan keistimewaan; dan
vi. Telah mendapat tempat atau telah mendapat tawaran pengajian secara sepenuh masa di universiti penyelidikan tempatan atau di universiti terkemuka di dunia.

Penerima BYDPA yang telah menamatkan pengajian diwajibkan pulang ke Malaysia untuk berkhidmat di negara ini bagi tempoh tidak kurang dari lima (5) tahun. Bagi memastikan syarat tersebut dipatuhi, calon yang terpilih dikehendaki menandatangani perjanjian dengan Kerajaan. Jika calon yang terpilih adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tajaan JPA di peringkat Ijazah Sarjana Muda, mereka masih terikat untuk berkhidmat dengan Kerajaan mengikut tempoh yang telah ditetapkan di bawah penajaan peringkat Sarjana Muda. Kadar gantirugi seperti yang berkuatkuasa pada masa sekarang akan dikenakan sekiranya pelajar melanggar syarat perjanjian.

Syarat Permohonan BYDPA 2018/2019

Permohonan adalah dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2018/2019 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D) di dalam dan luar negara.

Pemohon-pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:

Syarat-Syarat Umum

a) Warganegara Malaysia; dan
b) Umur tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian di universiti.

Syarat-Syarat Khusus

a) Mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang iaitu CGPA 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
b) Calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif akan diberikan keistimewaan;
c) Calon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa akan diberikan keistimewaan;
d) Telah mendapat tempat atau telah mendapat tawaran pengajian secara sepenuh masa dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang atau Kewangan Islam di universiti penyelidikan tempatan seperti di Lampiran B1 atau di universiti terkemuka dunia berdasarkan Times Higher Education (THE), QS World University Ranking, Academic Ranking World Universities (ARWU), Barron’s Profiles Of American Colleges atau manamana universiti berprestij lain yang dipersetujui olah JPA seperti di Lampiran B2;
e) Senarai kursus di bawah bidang Sains dan Teknologi adalah seperti di Lampiran B3; dan
f) Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis.

SENARAI UNIVERSITI TEMPATAN MERANGKUMI PELBAGAI BIDANG PENGAJIAN

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong BYDPA
Lampiran B1

SENARAI UNIVERSITI TERKEMUKA DI DUNIA MENGIKUT BIDANG PENGAJIAN

KLUSTER BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong BYDPA
Lampiran B2

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong BYDPA

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong BYDPA

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong BYDPA

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong BYDPA

Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong BYDPA

Syarat-syarat permohonan dan panduan permohonan boleh diperolehi dengan melayari portal http://esilav2.jpa.gov.my mulai jam 5.00 petang, 5 Februari 2018.
Tarikh tutup permohonan dalam talian (on-line) BYDPA Sesi Pengajian 2018/2019 dan tarikh akhir bagi mengemukakan borang permohonan ialah pada 2 Mac 2018 melalui serahan tangan atau pos.