Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Dato’ Seri Idris Jusoh , Menteri Pendidikan Tinggi atas kesudian hadir ke UTM untuk beramah mesra dengan mahasiswa UTM, berdiskusi dengan rakan-rakan industri, menyaksikan permeteraian kerjasama berkaitan Electric Vehicle (Bus) Project (pertama seumpamanya di kampus Universiti di Malaysia), menyempurnakan pelancaran UTM University-Industry Pavilion dan berkongsi aspirasi serta hala tuju UTM & KPT bersama Pengurusan Kanan UTM di UTM Johor Bahru hari ini.
Tentunya ia mencatat sejarah yang tersendiri buat seluruh warga UTM!
Juga, jutaan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga UTM yang bertungkus lumus menjayakan keseluruhan majlis pada hari ini.
Tidak ketinggalan kepada semua rakan-rakan institusi pendidikan tinggi, rakan-rakan industri, para media serta seluruh warga UTM yang hadir pada hari ini. Penghargaan khas kepada Prof Arham Abdullah, Pengarah Bahagian Hubungan Industri, KPT
Speak Your Mind