Merujuk perkara di atas, dimaklumkan Pusat Kepimpinan Akademik UTM (UTMLead) telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan kelompok pemimpin yang kompeten melalui program pembangunan pendayaupayaan dan pemerkasaan kepemimpinan yang berstruktur dan dinamik. Oleh itu, salah satu inisiatif yang akan dilaksanakan mulai tahun ini ialah program pementoran atau dikenali sebagai Mentoring For Excellence (M4E). Program ini dibentuk berdasarkan perhubungan antara mentor dan menti di mana mentor dapat berkongsi ilmu, nilai dan pengalaman sendiri, memberi keputusan dan bertindak berdasarkan idea yang dihasilkan sementara menti dapat mempelajari ilmu, nilai dan pengalaman tersebut dan memindahkannya dalam realiti pekerjaan dan kehidupan.
Sehubungan dengan itu, UTMLead akan mengadakan program ‘Empowerment Through Mentorship Forum’ seperti butiran di bawah;
Tarikh : 26 Februari 2019 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Dewan UTMLead, Bangunan Pusat Siswazah, UTM Johor Bahru
Sukacita dimaklumkan, nama saudara adalah terpilih daripada senarai yang dicalonkan oleh pihak fakulti. Sehubungan itu, saudara adalah dijemput hadir.
Tentatif program dilampirkan sebagai rujukan.
Sukacita mendapat kerjasama baik saudara untuk mengesahkan kehadiran ke program ini melalui pautan https://goo.gl/forms/QOn4SRHvzCoS3mQC2 pada atau sebelum 13 Februari 2019 (Rabu) untuk tindakan awal pihak urusetia.
Kerjasama yang diberikan amat dihargai dan diucapkan terima kasih.
Speak Your Mind