ENTREPRENEURIAL LEADERS PROGRAM (ELP) : DEVELOPING MANAGERS AS ENTREPRENEURIAL LEADERS SIRI 2

ENTREPRENEURIAL LEADERS PROGRAM (ELP) : DEVELOPING MANAGERS AS ENTREPRENEURIAL LEADERS SIRI 2

 

Saya dengan segala hormatnya diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi akan menganjurkan kursus profesional dalam bidang keusahawanan, iaitu Entrepreneurial Leaders Program (ELP): Developing Managers as Entrepreneurial Leaders Siri 2 pada ketetapan seperti berikut:

 

Tarikh : 2 – 8 Disember 2017
Tempat : Putrajaya Shangri-La

Taman Putra Perdana, Presint 1

62000 Putrajaya

 

  1. Penyertaan program ini adalah terbuka kepada tenaga akademik dan bukan akademik dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional di IPT yang memerlukan peningkatan kompetensi bagi menyokong pembangunan ekosistem keusahawanan di institusi dan organisasi masing-masing. Program ini akan dilaksanakan selama tujuh (7) hari secara sepenuh masa. Di akhir program, peserta akan dianugerahkan ‘Professional Certificate for Entrepreneurial Leader@ELP’ oleh Institute for Entrepreneurial Leadership, Swansea University dan IPT tempatan.

 

  1. Sehubungan itu, Kementerian ini menjemput institusi YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan untuk mengemukakan sebanyak tiga (3) pencalonan bagi pegawai yang berminat untuk mengikuti kursus profesional tersebut. Pencalonan berserta borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada sekretariat program ini di Unit Keusahawanan, Kementerian Pendidikan Tinggi sebelum atau pada 10 Oktober 2017 (Selasa).

 

  1. Sebarang pertanyaan mengenai program ini boleh diajukan kepada sekretariat di talian 03-8870 5101/5110 atau melalui emel ke zainalramli@mohe.gov.my. Bersama-sama ini dilampirkan surat jemputan rasmi untuk perhatian dan tindakan pihak YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan selanjutnya.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

 

Zainal

 

Zainal Abidin bin Ramli

Unit Keusahawanan & PPRN

Kementerian Pendidikan Tinggi

Aras 13, No. 2, Menara 2,

Jalan P5/6, Presint 5,

62200 WP Putrajaya

Tel : 03 8870 5110

H/P : 019 5004655

Fax : 03 8870 6900

Speak Your Mind

*