As’salam dan Selamat Sejahtera,
Buat semua warga kampus UTM yang dihormati.
Gangguan seksual bukan isu asing lagi atau ‘taboo’ untuk diungkapkan dalam masyarakat kita. Malahan, isu gangguan seksual ini jelas dinyatakan secara bertulis dibawah Kod Etika Profesional dan Akademik UTM Edisi 2011, yang mana memperuntukkan;
Gangguan Seksual
Warga Universiti tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain sama ada cubaan untuk merapati orang lain secara seksual, meminta layanan seksual, melakukan perbuatan bersifat seksual yang menyebabkan seseorang yang waras merasa tersinggung, terhina atau terugut. Gangguan seksual tersebut boleh bersifat lisan, bertulis perbuatan atau apa-apa cara lain yang membawa maksud yang sedemikian. Gangguan seksual tersebut juga tidak terhad di tempat kerja atau waktu kerja sahaja.
Malah si pelaku ini, jika dapat dibuktikan bersalah, boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah peruntukan Perkara 3(2)(d) Peraturan Tatatertib Badan-Badan Berkanun, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 iaitu,
3(2) Seseorang pegawai tidak boleh
(d) berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan atau mencemarkan nama badan berkanun.
Maka jelas, berdasarkan peruntukkan ini, Universiti mengambil berat jika sekiranya mana-mana warga Universiti ada mengalami gangguan yang termasuk di bawah definisi gangguan seksual ini. Tidak dapat dinafikan bahawa, mangsa dalam situasi ini terkadang berat untuk tampil membuat aduan, kerana malu dan takut tindakan tersebut akan sebaliknya memberi kesan kepada mereka. Tetapi ingat, kerajaan turut memberi panduan menguruskan kes sebegini berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 22 Tahun 2005, iaitu Garis Panduan Mengendalikan Gangguan Seksual di Tempat Kerja dalam Perkhidmatan Awam.
Perlu diingat bahawa, tindakan mendiamkan diri adalah bermaksud kita membenarkan perbuatan tersebut dilakukan oleh pelaku. Justeru, kepada mana-mana individu yang pernah diganggu, diharapkan tidak memilih untuk hanya senyap dan ‘menelan’ serta ‘redha’ akan perlakuan pelaku, waima gangguan yang dialami hanya dengan sekadar dalam bentuk ucapan kata-kata sahaja.
Gangguan seksual biasanya akan berlaku kebiasaannya daripada pelaku yang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada mangsa, seperti Ketua Jabatan kepada stafnya, pensyarah kepada pelajarnya dan penyelia kepada anak buahnya. Hal ini kerana, kebiasaan pelaku ini akan menjustifikasikan perbuatan mereka dengan alasan mereka adalah ketua yang perlu dituruti oleh mereka yang berada di bawahnya. Perkara ini tidak menafikan gangguan seksual daripada mereka yang di bawah kepada pegawai atasan, namun, kebanyakan kes, ‘nature’nya adalah sebegitu rupa.
Teori organisasi menyatakan bahawa gangguan seksual adalah disebabkan oleh faktor organisasi dan bukan peribadi. Struktur organisasi, yang sering menempatkan lelaki dalam kedudukan yang lebih autoriti, memampukan mereka mendapatkan kepuasan secara seksual dari subordinat mereka. Memandangkan kebanyakan lelaki berada pada di peringkat atas hierarki atau bidang profesional manakala wanita dalam bidang sokongan atau bawahan, maka ini menyenangkan lelaki menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk melakukan gangguan seksual tersebut. Teori ini dipetik atas dasar kita di UTM merupakan sebuah organisasi.
Justeru, mari kita lihat bagaimanakah cara untuk mengelakkan diri supaya anda tidak menjadi mangsa seterusnya
SEKSYEN INTEGRITI, TATATERTIB DAN SURCAJ
UTM PEJABAT PENASIHAT UNDANG – UNDANG
ARAS 3, BANGUNAN CANSELERI SULTAN IBRAHIM
UTM JOHOR BAHRU, JOHOR
Speak Your Mind