Majlis Perhimpunan Bulanan (Februari) bersama Datuk Naib Canselor pada hari Selasa, 19 Februari 2019 di UTM Kuala Lumpur.

Sukacitanya, seluruh warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dijemput untuk hadir ke Majlis Perhimpunan Bulanan (Februari) bersama Datuk Naib Canselor pada hari Selasa, 19 Februari 2019 di UTM Kuala Lumpur.

Dimaklumkan, mana-mana Fakulti/Bahagian/Persatuan yang berhasrat untuk menyertai slot (perasmian, pelancaran, penghargaan atau yang bersesuaian) di dalam perhimpunan bulanan ini perlulah memaklumkan kepada pihak urusetia (Pejabat Hal Ehwal Korporat) selewat-lewatnya 5 hari sebelum majlis berlangsung.
Hanya slot yang bersesuaian sahaja yang akan dipertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam majlis. Mohon e-melkan permohonan bersama maklumat berkaitan kepada En Mohd Faizal Abd Jalal (faizaljalal@utm.my).

Bagi sebarang pemakluman untuk disampaikan oleh Datuk Naib Canselor, mohon e-melkan bahan dan keterangan (dalam 1-2 slaid) kepada En Ahmad Hilman bin Borhan (ahilman@utm.my) untuk dipertimbangkan bagi dimasukkan ke dalam slaid YBhg. Datuk Naib Canselor.

Perincian Perhimpunan Bulanan (Februari) adalah seperti berikut:
Tarikh : 19 Februari 2019 (Selasa).
Masa : 8.15 pagi
Tempat :

i. Dewan Azman Hashim, UTM Kuala Lumpur. 

[LINTAS LANGSUNG]

ii. Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru 
iii. UTM Kampus Pagoh.

Pakaian:
– Pakaian korporat UTM

Speak Your Mind

*